Hari pertama Sukan Asia 2010 di Guangzhou memberikan 2 pingat gangsa kepada pasukan Malaysia melalui acara menembak dan Wushu.
Nur Suryani Mohd Taibi menyumbangkan pingat pertama kepada Malaysia melalui acara 10m Air Rifle individu dengan kutipan mata 501.8 (emas dan perak dimenangi oleh tuan rumah).
Pada waktu petang pula, skuad Wushu melalui Tai Cheau Xuen menyumbangkan pingat gangsa ke-2 kepada Malaysia dalam acara Nandao dan Nanquan.
Keputusan acara-acara lain yang dipertandingkan pada hari pertama:
Wushu – Ang Eng Chong – tempat ke-6
Trek berbasikal (500m  percubaan masa) – Fatehah Mustafa – tempat ke-4
Wushu (Nandao dan Nanquan) – Diana Bong Siang Li – tempat ke-5
Renang (200m kuak kupu-kupu) – Daniel Bego – tempat ke-7
Olahraga (4x100m lari berganti) – Chan Kah Yan, Christna Loh, Khoo Chai Lin dan Chui Lai Kwan – tempat ke-7
Badminton (lelaki) – Lee Chong Wei – tewas di tangan Thailand (Boonsak Ponsana), 2-3
Bola sepak – Malaysia vs China – tewas 3-0
Kedudukan terkini pingat (pada 13 Nov, jam  11 malam):
1. China – 28 pingat (19 emas, 7 perak, 2 gangsa)
2. Jepun – 23 pingat (4 emas, 10 perak, 9 gangsa)
3. Korea Utara – 15 pingat (4 emas, 3 perak, 8 gangsa)
13. Malaysia (2 pingat gangsa)
Sumber rujukan: Bernama dan website rasmi Sukan Asia 2010.

error: Content is protected !!