SAFIQ (kiri) mengambil alih tugas kapten daripada Norhafiz Zamani pada perlawanan menentang Jepun
Alahai, sedihnya. Skuad Malaysia tewas 2-0. Kesilapan barisan pertahanan negara ketika menerima serangan Jepun telah membuka ruang kepada Kensuke Nagai untuk melakukan jaringan pertama pada minit ke-26 walaupun Malaysia mampu mengawal pemainan dengan baik pada babak awal perlawanan.
Tertekan dengan kedudukan 0-1, pada minit terakhir separuh masa pertama, Malaysia melakukan beberapa percubaan ke arah pintu gol lawan namun gagal untuk membolosinya. Selepas rehat, kedua-dua pasukan negara bermain dengan corak permainan yang lebih agresif namun Jepun lebih bertuah dengan kehadiran gol kedua pada minit ke-64 hasil tandukan kencang Hotaru Yamaguchi.
Walaupun Malaysia tewas, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berpuas hati dengan persembahan skuad kebangsaan negara kerana Jepun sememangnya pasukan yang kuat dan pasukan Malayia pula kekurangan tunggak utama dalam perlawanan kali ini.
Jepun menduduki tangga ke-30 dalam ranking dunia manakala Malaysia hanya berada di kedudukan ke-149. Menurut Azzuddin, Malaysia masih mempunyai peluang untuk melangkah ke pusingan berikutnya (pusingan kedua) sekiranya mampu menewaskan China pada perlawanan ketiga, pusingan pertama kumpulan A yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini di Stadium Tianne pada 7 malam waktu tempatan.
Sumber asal: Berita Harian 
Psssttt: Go! Go! Go! Skuad Malaysia. Semoga Malaysia menang dalam pertemuan dengan China nanti. Mudah-mudahan.

error: Content is protected !!