Perlawanan bola sepak peringkat kumpulan B antara Malaysia dan Laos sudah berakhir. Keputusan telah diketahui. Agak mengecewakan dan menyedihkan. Malaysia ditewaskan 1-0. Huhu…Sedey..Laos dapat menjaringkan gol tunggal pada babak pertama, minit ke-39 oleh Sangvone Phimmasen.

2 orang pemain Malaysia dilayangkan kad merah pada perlawanan ini. Mohd Aizat menerima kad merah pada minit ke-82, manakala Fahrul Razi pada minit ke- 90.

2 kad kuning pula dilayangkan kepada Malaysia: Amiridzwan (23′) dan Mohamad Faid (45′). Manakala sebanyak 4 kad kuning dilayangkan kepada Laos.

Nampak-nampaknya, perlawanan ini meriah dengan yellow card dan red card. Hehe…

Dengan ini, Malaysia sekadar terkandas di peringkat kumpulan dan tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya. =(
Malam ni, sokong skuad bola sepak Malaysia lawan Vietnam peringkat separuh akhir untuk Piala Suzuki AFF 2010 pula. Perlawanan bermula jam 8 malam. Biasanya ada live kat TV1.  
Come on Malaysia! Malaysia boleh!.


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!