Malam semalam, arwaryarhamah Yasmin Ahmad telah dinobatkan sebagai Pengarah Filem Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-54 yang diadakan di Taipei melalui filem Muallaf. Pengerusi Persatuan Produser Filem Malaysia, Ahmad Puad Onah berkata, ini adalah kali pertama Malaysia memenangi anugerah sebegini.
4 filem lain yang tercalon dalam festival ini ialah Magika, Lagenda Budak Setan, Pisau Cukur dan Cinta Ais Kacang. Sebelum ini, Arwah Tan Sri P. Ramlee menang sebagai Pelakon Lelaki Terbaik melalui filem Anakku Sazali pada tahun 1957, Maya Karin memenangi Pelakon Wanita Terbaik (2004) dan Datin Sri Tiara Jacquelina, juga sebagai  Pelakon Wanita Terbaik (2005) pada festival ini.
-Bernama.
psstt: Walaupun arwah telah pergi meninggalkan kita, namun hasil karyanya masih lagi bersama dengan kita. Al-Fatihah untuk Arwah Yasmin Ahmad.


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!