Semalam, diperingkat separuh akhir, Chong Wei mengetepikan pemain Vietnam, Tien Minh Nguyen dengan mudah: 21-14, 21-17 di Stadium Queen Elizabeth, Hong Kong. Kemenangan ini menjadikan Chong Wei berjaya mara ke peringkat akhir dan akan bertemu jaguh sensasi Indonesia, Taufik Hidayat (juara Sukan Olimpik 2004 di Athens, Greece). Taufik pula berjaya menewaskan Chen Long (China): 15-21, 21-11, 21-19 pada satu lagi pertemuan separuh akhir semalam.
Berdasarkan rekod pertemuan antara Chong Wei dengan Taufik, Chong Wei berjaya menundukkan Taufik dalam 15 perlawanan. Namun, pertemuan terakhir ternyata tidak memihak kepada Chong Wei apabila dia tewas di tangan Taufik pada peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Dunia di Perancis, Ogos lalu.

Kini, Chong Wei sudah bersedia untuk bertemu dengan Taufik Hidayat.
 
Sumber: Kosmo!

Pssttt: Moga-moga Chong Wei menang. Jia yo! Chong Wei!.

UPDATE TERKINI: KEPUTUSAN PERLAWANAN FINAL CHONG WEI VS TAUFIK HIDAYAT


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!