Pejam celik, pejam celik, tanpa kita sedari, kita kini sudah pun berada di penghujung bulan Zulhijjah. Pada penghujung Zulhijjah, kita disunatkan membaca doa akhir tahun. Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali (ada yang menyatakan 7 kali) pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada 30 Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: “Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.

klik untuk baca dengan lebih jelas

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan.

klik untuk baca dengan lebih jelas

Moga dengan membaca doa ini, kita terhindar dari godaan syaitan dan dosa-dosa kita diampunkan Allah. Amin.

Berilmu..beramal..bertakwa..


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

BACA JUGA :  33 LARANGAN RASULULLAH S.A.W TERHADAP WANITA (bahagian 3)
error: Content is protected !!