Bahaha..wakaka…apa je lah tajuk entri aku kali ni. Sebenarnya, aku dah beberapa hari tak update blog. Walaupun baru 2 hari je tak update, tapi aku rasa macam dah lama sangat blog ni tak berupdate. Kebelakangan ni, aku selalu je rasa jari-jemari ni macam liat je nak ketuk keyboard untuk update blog. Alaaa….alasannya tak de lainlah, selain penat. Tu je. Minggu ni aku asyik balik kerja malam je. Terpaksa stay back siapkan kerja. Balik kerja, kena masak pula, perut dah berkeroncong. Lepas dah makan, perut dah kenyang, mula lah rasa macam malas je nak buat apa pun. Mata pula mulalah rasa macam nak pejam je.
Dush! Begitulah aku dalam seminggu ni. Penat punya pasal, kalau sebelum-sebelum ni pukul 3 pagi pun mata masih boleh segar, minggu ni pukul 12 je dah mengantuk sangat dan bantal pun dah memanggil-manggil. Huhu…
Aku tahu, adalah 2 lumrah dan dah jadi asam garam dalam dunia blog, apabila blog mula jarang diupdate dan seteusnya menjadikan tahap kemalasan untuk mengupdate blog semakin menebal dalam diri. Ahaks!. Aku dah lama tak merapu dalam blog ni. 
~Marang kerapuuuuuu kamunting marang memerang~… >Apa yang aku merepek ni?<  

Yang nak tido,

Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!