Malam ini adalah malam yang dinantikan dengan penuh debaran bagi peminat bola sepak tanah air dan juga bagi peminat ekstrim bola sepak Indonesia. Malam ini malam penentuan. Siapakah yang berjaya menjulang piala AFF Suzuki untuk tahun 2010 ini?. “New King To Be Crowned” adalah antara tajuk berita di website rasmi AFF Suzuki Cup 2010. Siapakah “new king” yang dimaksudkan. Siapa lagi kalau bukan MALAYSIA, Si HARIMAU MALAYA.
Selepas tamat perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil ahad lepas, pelbagai spekulasi dan tohmahan telah dilemparkan. Penyokong skuad pihak lawan menjadikan ‘laser’ sebagai punca kekalahan. Ada yang mengatakan, mereka menjadikan laser sebagai ‘kambing hitam’ di atas kekalahan Indonesia.
Tak cukup pasal laser semasa perlawanan ahad lalu, berita mengenai Coli Laser pula hebat diperkatakan. Waduh! Macam-macam. Soal laser ni, peringkat FIFA pun ada juga penyokongnya bermain laser, tapi perlawanan tetap diteruskan. Bak kata adik aku yang memang fanatik bola ni “Takde hal lah, laser ni, sebab pemain kan bergerak. Lainlah kalau pemain tu statik je”.
Pemain Malaysia pun di’laserkan’ juga ketika perlawanan di Indonesia, tapi takde pula mengadu kat referee minta tangguhkan perlawanan. Apapun, ini semua kan sukan punya hal. Adat bertanding ada menang ada kalah. Kalah bola punya pasal, sampai isu serumpun segala bagai dibangkitkan. Sampaikan Malaysia jadi Malingsia (Maling=pencuri, sia=engkau). Sebanyak 500 website Malaysia digodam oleh penyokong Indonesia. Alahai… hebat betul penangan kekalahan mereka kali ini ya.
Harap pemain Malaysia terus kuatkan semangat dan bermain dengan mantap pada malam ini dan seterusnya menamatkan penantian Malaysia selama 14 tahun untuk menjulang piala Suzuki AFF ini. Doa dipanjatkan, mohon padaNya agar pasukan Malaysia lebih kuat daripada Leg 1 di Bukit Jalil. Sama-sama kita doakan kejayaan skuad kebangsaan kita.
MALAYSIA BOLEH! AUUUMMMM!!
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.
isu laser nie sptutnye xyah diperbesarkan..sbb byk dah perlwanan bola jadi macam nie..cuma goalkeeper indon tu je yg lebih2..
p/s: Terima Kasih kerana sudi memberi komen di blog saya..Sebagai balasan saya membuat kunjungan balas ini ke blog anda..=)
****KLIK ENTRI TERKINI DISINI****