Hari ni, kat tempat kerja, hatiku terluka. Rasa geram pada anak buah aku menyebabkan mood aku kat tempat kerja pagi-pagi lagi dah ke laut. Aku mula rasa bengang dan aku sendiri tak suka dan tak selesa dengan perasaan yang aku rasa ni. Dalam kepala ni mula lah merangka-rangka hala tuju nak ke mana lepas balik kerja nanti.
Aku yang jarang nak merayap ke mana-mana ni, kerana lebih suka memerap dalam rumah ni mulalah rasa tak mahu balik ke rumah terus apabila tamat waktu bekerja. Maklumlah, dunia aku 5 hari seminggu, sama saja, iaitu rumah-kilang.Tu jelah dunia yang aku lihat setiap hari. Jarak dari rumah dan kilang pula sekangkang kera aje. Hehe..jarak sebenar ialah 1km (kalau berkenderaan, kalau jalan kaki 500m je kot).
Setelah mencongak-congak, akhirnya aku mengambil keputusan untuk ke Jusco Tebrau City. Saje je, bukan nak shopping apa pun, cuma nak cari 2 barang je. =D. Sebaik sahaja aku nak memasuki kawasan parking Jusco tu, terkejut juga aku. “Aik! Apa pasal banyak sangat kereta ni? Setahu aku, kalau hari minggu baru orang ramai”. Nak masuk ke parking pun kereta dah berderet-deret. Bila dah sampai kaunter ambil tiket parking, ada tertampal 1 kertas “Parking Free sempena J Card Members’ Day”. Wakaka..aku tak tau pula hari ni J Card Members’ Day. Baru aku teringat mesej yang diterima beberapa hari lalu tentang J Card Day ni. Patutlah orang ramai. 
Nak cari parking kosong, tak usah cakap lah. Aku selamber je pergi ke belakang sekali, sebab memang tau dah, mesti takde parking kosong kat depan. Tengok-tengok banyak juga kereta, sudahnya, dahler terpaksa parking kat belakang (depan kedai buku Harris), pastu, parking hampir-hampir hujung, dah nak dekat rumah flat depan Jusco tu. Huhu..jauh ler menapak. Takpe, exercise di malam hari..hehe..
Bila aku tiba kat aras bahagian barangan baju tu, adalah acara melelong beg tangan. Mak aih! Tak usah cakap ler.. perempuan-perempuan memang kerumun bahagian situ. Aku dengar ler suara orang dok memanggil-manggil orang untuk datang tengok dan beli handbag kat situ. “Tinggal 1 minit saje, cepat-cepat pilih dan dapatkan resit dulu sebelum membuat bayaran”.  Aku buat selamber je. Malas nak layan. “Iyelah tu 1 minit je lagi”. Aku saje-saje je tengok-tengok pakaian yang ada kat situ. Tak nak beli pun sebenarnya sebab hari Ahad lepas aku dah shopping kat UO Angsana. Hehe..tangkap 1 skirt labuh…Ngeh2..mood nak berskirt labuh la pulak. Bosan asyik pakai jeans je. Nak tukar style sikit. Sekali-sekala.
Dah habis aku ronda 1 aras tu tengok pakaian-pakaian yang ada kat situ, aku ke tingkat paling atas (bahagian alat tulis). Sini lah destinasi sebenar aku datang ke sini. Nak beli envelope je sebenarnya. Hehe..Sambil-sambil tu, aku tengok-tengok juga barang-barang lain. Saje je nak bandingkan harga. Aku  ni sebenarnya tak berapa nak percaya dengan diskaun-diskaun ni. Dalam hati aku “tah-tah memang harganya macam tu sebenarnya. Dia letak je harga tinggi-tinggi, lepas tu, diskaun sehingga 80% segala bagai”.
Aku pun cari lah tumbler yang serupa dengan tumbler yang aku baru beli kat UO tu. Tengok harga dia, murah sikit la dari yang aku beli. Murah dalam seringgit. Aku malas nak ronda lama-lama, pasal sesak penuh dengan orang ramai. Jalan pun dah berlanggar-langgar dah. Pastu aku turun semula ke tingkat bawah, dari escalator, aku nampak perempuan-perempuan tadi masih kerumun handbag diskaun 80% tu. “Aik! Masih ada lagi? Ttadi kata tinggal seminit je lagi. Haha…
Ceritanya panjang lagi, tapi aku cut jelah eh. Aku pun nyaris dah terbeli handbag 80% tu. Tapi masa aku nak ambil resit tu, aku tengok ada kecacatan pada handbag tu. Aku ni memang cerewet bab-bab nak beli barang ni. So, aku fikir dan berfikir semula, akhirnya aku letak semula handbag tu pada tempat asalnya. Lalu aku tak membeli tapi mem’blah’. Dalam hati aku “don’t buy unnecessary things. Guna je handbag yang dah ada kat rumah  sekarang.
Pssttt: Bahaya lah pergi shopping complex time sales ni. Tak pasal-pasal karang boleh kopak beratus-ratus RM tanpa disedari sebab nak kejar harga murah punya pasal.


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

BACA JUGA :  SYOK HABIS! CALL 10 MINIT 28 SEN JE
error: Content is protected !!