Update terkini (sehingga Isnin 6-Dec):

Keputusan Indonesia vs Laos malam tadi, Indonesia menang mudah ke atas Laos, 6-0.

Kedudukan mata terkini Kumpulan A (sehingga Isnin 6-Dec):

Indonesia: 6 mata (Tewaskan Malaysia dan Laos)
Thailand : 2 mata (Seri dengan Malaysia dan Laos)
Malaysia : 1 mata (Seri dengan Thailand)
Laos: 1 mata (Seri dengan Thailand)

Kini, harapan Malaysia agar Indonesia menewaskan Thailand dan Malaysia memenangi Laos pada perlawanan Selasa ini, bagi membolehkan Malaysia mara ke peringkat seterusnya.

Kedudukan terkini (sehingga Selasa 10.30 malam):

Malaysia tewaskan Laos, 5-1. Indonesia berjaya kecewakan Thailand 2-1. Dengan ini, Malaysia mara ke separuh akhir selaku pasukan kedua terbaik kumpulan A. Yeay!

Kedudukan terkini (sehingga Rabu, 8 Dec, 11 malam):

Indonesia juara kumpulan A setelah menang dalam ketiga-tiga perlawanan. Vietnam pula juara kumpulan B. Maka, Malaysia akan bertemu Vietnam di peringkat separuh akhir, pada 15 Disember 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia dan pada 18 Disember 2010 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi.

Update (15 Disember, sehingga jam 11 malam)

Perlawanan pertama peringkat separuh akhir antara Malaysia dan Vietnam di Bukit Jalil. Malaysia menang, 2-0.

Update (16 Disember, sehingga jam 10 malam)

Indonesia lawan Vietnam separuh akhir pertama: Indonesia menang 1-0 ke atas Filipina.

Lusa malam, Malaysia bertemu Vietnam pada separuh akhir ke-2 di Hanoi.

Update (18 Disember, sehingga jam 10 malam)

Malaysia mara ke final dengan agregat 2-0, setelah berjaya mengikat Vietnam 0-0 pada perlawanan separuh akhir ke-2 di Hanoi.

Update (19 Disember, sehingga jam 10.30 malam)

Indonesia berjaya menewaskan Filipina dalam semifinal ke-2: 1-0. Dengan ini, Indonesia mara ke Final dengan agregat 2-0 untuk menentang Malaysia.

SEMAK JADUAL PERLAWANAN FINAL AFF SUZUKI CUP 2010 DI SINI

Update (26 Disember, sehingga jam 11 malam)

Final pertama Malaysia lawan Indonesia di Bukit Jalil. Malaysia tewaskan Indonesia 3-0.

LIVE UPDATE PERLAWANAN DI SINI

VIDEO GOL (3-0) DI SINI

Final ke-2 akan berlangsung Rabu (29 Disember).

Update (29 Disember, sehingga jam 10.15 malam) New!

Final ke 2 di GBK berakhir dengan Malaysia tewas 1-2 setelah jaringan gol sendiri. Namun, Malaysia tetap juara dengan agregat 4-2. Alhamdulillah.

FINAL 2: LIVE UPDATE

MALAYSIA JUARA!!

Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!