Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 296

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 296

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 308

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 309

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 310
KEJOHANAN BOLA KERANJANG KEBANGSAAN PIALA AGONG KE-52: KEPUTUSAN JOHOR LAWAN PERAK (SEPARUH AKHIR) | Syaisya.com

Perlawanan Separuh Akhir Kejohanan Bola Keranjang Kebangsaan Piala Agong ke-52 antara Johor dan Perak baru sahaja berakhir. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Bola Keranjang Segamat, Johor menyaksikan kedua-dua pasukan berentap sengit.
Pertemuan yang begitu hebat dan sengit pada Suku 4 memang mencemaskan menyebabkan aku terpaksa control suara untuk menjerit (tak boleh jerit kuat-kuat, mak tidur =D ). Biasalah aku, emo sikit bila tengok perlawanan-perlawanan ni. Lebih-lebih lagi kalau perlawanan tu sengit, dan melibatkan pasukan yang aku sokong dah nak menang, tapi kemenangan tipis je. Suku ke-4 barulah menyaksikan pasukan Johor bangkit setelah ketinggalan. Pasukan Johor berjaya memintas Perak mulai minit ke 6.
Sebagai anak jati Johor, akhirnya saat-saat yang mencemaskan berakhir dengan senyuman. Hehe.. Yeay! Johor menang, 64-61. Perak kalah. Dengan ini, Johor berjaya mara ke peringkat akhir untuk bertemu Melaka yang telah menewaskan Selangor, 93-44.
Pasukan wanita Johor juga berjaya mara ke peringkat akhir dan akan bertemu Selangor. Syabas, Johor!.
HIDUP JOHOR! MAJULAH SUKAN UNTUK JOHOR. =D 
p/s: Tapi aku bengang juga lah dengan pemain Johor tadi. Banyak kali dapat lontaran percuma, tapi hanya 1 je berjaya menghasilkan mata. Patutnya, dua-dua lontaran lah score. Perak pula, asal dapat lontaran percuma je, mesti dua-dua lontaran berjaya menghasilkan mata. 


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!