Perlawanan di antara Malaysia dan Myamar pada peringkat kumpulan B di temasya Sukan Universiti Asean (AUG) 2010 agak mengecewakan skuad bola sepak Malaysia kerana ditewaskan oleh Myanmar, 1-0.
Perlawanan ini menyaksikan kedua-dua pasukan kehilangan seorang pemain kerana dilayangkan kad merah. Gol jaringan tunggal pada perlawanan ini dijaringkan oleh Chit Moe Oo pada minit ke-30. 
Malaysia kini berada pada kedudukan yang bahaya kerana hanya mempunyai 3 mata (menang ke atas Singapura) pada perlawanan pertama peringkat kumpulan. Kekalahan ini menyebabkan Malaysia berada di tangga ketiga di belakang Laos yang telah memenangi kedua-dua perlawanan ketika bertemu Myanmar 2-1)dan Singapura, juga 2-1.
Kemenangan ke atas Malaysia ini menyebabkan Myanmar menduduki tempat ke-2 (sama mata dengan Malaysia) tetapi mempunyai kelebihan dari segi bilangan gol yang dijaringkan.
Jurulatih skuad bola sepak Malaysia, Omar Ali tidak puas hati dengan tindakan pengadil, Ngo Quoc Hung (Vietnam) yang melayangkan kad merah kepada penjaga gol Malaysia Mohd Fairul Azwan Shahrullai pada babak pertama.
Menurut Omar, pemain tidak mengikut arahan kerana mereka masih mahu mengekalkan corak permainan biasa dalam keadaan padang yang teruk. Permainan tidak perlu taktikal dalam keadaan padang seperti ini. Omar hanya mengarahkan agar pemain sepak bola dan kejar seperti yang dilakukan oleh Myanmar. Pengadil tidak sepatutnya memberikan kad merah, tapi apa boleh buat semuanya tidak kena untuk skuad Malaysia.
Untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir, Malaysia PERLU menewaskan Laos. Perlawanan Malaysia vs Laos akan diadakan pada 18 Disember, jam 3 petang waktu Thailand.
Sumber rujukan: MyMetro


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!