Semalam, Kelantan muncul sebagai juara di kejohanan bola sepak Puncak Piala Emas Raja-Raja Ke-70 selepas menewaskan Kedah 4-3. Perlawanan sehingga tamat masa tambahan berakhir tanpa sebarang jaringan gol. Sepakan penalti dijadikan sebagai penentuan. 
Penjaring Gol Kelantan:
Rosairil Asrol Mat Nor
Mohamad Aris Zaidi
Ahmad Ezrie Shafizie Sazali
Khairan Ezuan Razali.
Penjaring Gol Kedah:
Ahmad Fauzi Shaari
Shafizan Hashim
Mohd. Firus Hashim.
Sepanjang perlawanan, pada minit kelapan, Kelantan mempunyai peluang terbaik apabila penyerangnya, Mohamad Ramzul Zahini Adenan melakukan gerakan cantik memasuki kotak penalti tetapi bola ditolak keluar pemain lawan sebelum Ramzul sempat melakukan rembatan ke gawang gol.
Pada minit ke-15 pula, Mohd. Aris Zaidi melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti tetapi sedikit melepasi sasaran. Owh! Sayang seribu kali sayang.
Skuad Kelantan yang melakukan serangan bertali arus mencari gol semangat, sekali lagi mendapat peluang melalui percubaan Mohamad Ramzul yang hanya berhadapan dengan penjaga gol Kedah, Mohd. Al-Hafiz Hamzah pada minit ke-17, namun sentuhannya tidak tepat ke arah gol lawan. Lagi sekali Sayang seribu kali sayang.
Kedah pula, banyak bertahan pada separuh masa pertama tidak ketinggalan melakukan serangan balas melalui Mohd. Hazwan Zainun dan Wan Mohd. Asraf Wan Ali tetapi berjaya dipatahkan pertahanan tuan rumah yang diperkuatkan oleh ketua pasukan, Sharudy Aziz.

UPDATE TERKINI: SAKSIKAN VIDEO GOL PENALTI KELANTAN VS KEDAH

Sumber: Kosmo!

Psssttt: Tahniah! Kelantan!


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!