Akhirnya, perlawanan genting antara Malaysia dan Vietnam peringkat separuh akhir ke-2 Piala Suzuki AFF 2010 yang dinanti-nantikan telah bermula. Vietnam memulakan permainan dengan mengasak Malaysia, namun Malaysia masih dapat bertahan.
Minit ke-22: Percubaan Norshahrul sedikit tersasar melepasi bahagia kiri gawang gol. Setelah 25 minit perlawanan, Vietnam telah melakukan 5 shots, manakala Malaysia baru melakukan 2 kali shot sahaja. Perlawanan yang rancak dari kedua-dua pasukan. Nampak-nampaknya, kedua-dua pasukan mempunyai semangat yang membara untuk mara ke final.
Minit ke-33: Vietnam mendapat sepakan percuma, tapi sepakan Van Tai Em jauh melepasi palang gol.
Separuh masa ke-2:
Amirulhadi dilayangkan kad kuning kerana melakukan kekasaran ke atas pemain Vietnam. Awal separuh masa ke-2, Malaysia masih bermain secara bertahan dan menerima asakan bertalu-talu dari Vietnam yang menyerang dari pelbagai sudut.
Vietnam mendapat tendangan percuma pada minit ke-51 tetapi bejaya diselamatkan oleh Fahmi. 1 minit kemudian, 4 pemain Malaysia melakukan serangan tetapi gagal disudahkan dengan baik dan tiada gol dijaringkan. Come on! pemain Malaysia.
Muslim dikasari oleh pemain Vietnam pada minit ke-55 dan pemain Vietnam tersebut dilayangkan kad kuning. Minit ke-61 menyaksikan Fahmi menyelamatkan gawang Malaysia dari serangan bola hasil tandukan Viet Thang. Nampak-nampaknya, pertahanan Malaysia sudah mula dipatahkan Vietnam.
Malaysia masih kekal dengan corak permainan bertahan. Mungkin tidak mahu memberikan peluang langsung kepada pasukan Vietnam untuk menjaringkan gol kerana Vietnam sememangnya main bermati-matian untuk sentiasa mengasak dan cuba mencari gol kemenangan. Manakala Malaysia pula lebih merasa selamat dengan 2 gol yang diperolehi di Bukit Jalil.
Berita baik! Vietnam kini bermain dengan hanya 10 orang bermula minit ke 70 setelah Thang Luong mendapat kad merah akibat daripada melakukan dive di dalam petak penalti. Peluang keemasan untuk Malaysia. Perlawanan masih bersisa dalam 20 minit. Berjayakah Malaysia bertahan?.
Fahmi dapat menyelamatkan sepakan leret dari Vietnam pada minit ke-84. Pertahanan Malaysia sudah mula dibolosi. Fahmi sudah beberapa kali diuji dalam perlawanan ini. Setakat ini, Fahmi masih menjadi hero dalam perlawanan ini kerana dapat mengawal gawang Malaysia dengan baik sekali.
Akhirnya, Malaysia mampu bertahan dan mengikat Vietnam 0-0 sehingga wisel penamat ditiup. Dengan ini, Malaysia berjaya mara ke peringkat akhir. Tahniah! kepada skuad kebangsaan kerana dapat bertahan dengan baik secara kesuluruhannya, sehingga hanya melakukan 3 kali sahaja shot ke pintu gol sepanjang perlawanan.
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.
ke final kita yob