Berita Sukan Terkini: Perlawanan bola sepak separuh akhir AFF Suzuki Cup 2010 antara Malaysia dan Vietnam sedang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula jam 8 malam tadi. Seramai 35,000 orang datang menyaksikan perlawanan genting ini di Stadium Bukit Jalil.
Separuh masa pertama:
Vietnam mula menyerang Malaysia seawal minit ke-2, namun bola berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi. Peluang terbuka kepada Malaysia untuk menjaringkan gol pada minit ke-6 melalui tendangan sudut berlalu begitu sahaja apabila terdapat sedikit ketaksefahaman antara Safee dan Kunalan.

Tendangan sudut ke-2 oleh Vietnam berjaya diselamatkan oleh Fahmi pada minit ke-15. Pada minit ke-35, sekali lagi peluang terbuka untuk Malaysia setelah tendangan percuma diberikan kepada Safiq kerana dijatuhkan oleh Vu Phong, namun bola yang dihantar kepada Amar disepak terlalu tinggi melepasi palang gol. Huhu..sayangnya.

Akhirnya, separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan gol.  

Separuh masa ke-2:
Vietnam mengasak Malaysia, namun pemain Malaysia dapat mempertahankan gawang gol dengan baik sekali. Perlawanan semakin genting apabila Vu Phong berjaya meloloskan diri dari kawalan pemain pertahanan Malaysia dan membuat tendangan leret untuk menjaringkan gol. Nasib baik tendangan ini tersasar. Maka terselamatlah gawang Malaysia kali ini. Harap pemain pertahanan kita dapat mengawal asakan musuh dengan baik. Jangan bagi peluang kepada musuh untuk mara ke pintu gol.

Yeah! Tu dia! Gol pertama untuk Malaysia dari Safee pada minit ke-60. Malaysia boleh!. Harap boleh sumbat lagi 2 gol. Vietnam mesti tengah panas tu sebab Malaysia sedang mendahului. Jadi, pemain Malaysia perlu berhati-hati dan teruskan menyerang. Chayok!

Din Dhong mengasari Muslim dan dilayangkan kad kuning pada minit ke-73. Malaysia kini bermain tanpa Norshahrul. Amri Yahya pula beraksi.

Yeah! One more! Gol ke-2 untuk Malaysia dari Safee (rebound) setelah bola yang ditendang oleh Safiq hanya ditempan lemah oleh penjaga gol Vietnam. =D Nice! Good Job, Safee and Safiq!. Gol ke-2 ini dijaringkan pada minit ke-79.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Malaysia, 2 gol berbalas 0. Yeay! Syabas skuad negara. Auummm!! =D

Malaysia akan ke Hanoi untuk perlawanan Separuh Akhir ke-2, 18 Disember nanti (Sabtu).

Berita Sukan Terkini dibawakan khas untuk anda semua dari semasa ke semasa.

Menyahut Cabaran SEO Berita Sukan Terkini di Blog Kimirekonen.


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!