Siapakah yang bakal menjulang piala ini? Semestinya Malaysia..Hehe..aku yakin dengan skuad kebangsaan kita dan juga ketangkasan penjaga gawang kita, Fahmi. Perlawanan dah start. First time lintas langsung dari kedai mamak. Pengalaman pertama aku juga ni. =D
Perlawanan baru bermula.

Pergh! Fahmi terbaik lah. Berjaya selamatkan tendangan penalti Firman Utina pada minit ke-18. Mantap lah Fahmi. Tangan ada gam. 
Sepanjang perlawanan ni, nampaknya Indonesia lebih banyak membuat serangan. Gawang Malaysia banyak kali berada dalam kedudukan bahaya. Namun, barisan pertahanan kita masih belum dapat ditewaskan. Begitu juga dengan Fahmi yang banyak kali menyelamatkan gawang Malaysia. Harap ketahanan mental skuad kita mantap sehingga ke saat terakhir.

Nampaknya, Shahrul sudah di ‘marking’ kerana dikawal oleh beberapa pemain setiap kali mendapat bola. Perlawanan berterusan dengan usaha gigih sang garuda untuk menjaringkan gol tetapi 1 pun tak berhasil.

Akhirnya, separuh masa pertama berakhir tanpa sebarangan jaringan gol. Kedudukan terkini, 0-0.

Berehat…

Separuh masa ke-2 sudah 5 minit bermula. Seperti tadi garuda masih tidak berputus asa. Gonzales nampak aktif pada Leg ke 2 ini. Masa lawan kat Bukit Jalil hari tu, Gonzales dah kena marking.

YEAH!!!! GOAL!!!!! 1-0. MINIT KE 53, HASIL COUNTER ATTACK LARIAN SOLO. THANK YOU SAFEE SALI…

Garuda semakin panas dan tak senang terbang. Counter attack dilakukan tetapi berjaya diselamatkan oleh Fahmi. Cayalah keeper rimau Malaya.

KILAUAN PIALA AFF KINI SUDAH SEMAKIN MENYINARI BUMI MALAYSIA. Yehaaa!!!!

Minit ke 58: Kunalan mendapat kad kuning kerana melakukan tackle dari belakang.

Kedudukan terkini 1-1. Fahmi dah dapat tangkap bola, tapi terlepas dan Nasuha menyepak bola memasuki gawang pada minit ke 71.

Minit ke 87: Alamak!. Gol sendiri lah pula. Fahmi tak dapat menangkap tandukan Muslim kerana tidak brsedia dan tak menyangka bola datan dari pasukan sendiri.

Wisel penamat ditiup. Habis dah. Malaysia JUARA..YEAY!.

KEPUTUSAN KESELURUHAN. MALAYSIA 4, INDONESIA 2.

Tahniah! Tahniah! Tahniah!. Harimau Malaya memang betul-betul rimau!.


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!