Alhamdulillah, akhirnya, penantian Malaysia selama 14 tahun untuk menjulang piala Suzuki AFF kini sudah berakhir. Seperti yang telah dijangkakan oleh kebanyakan peminat bola sepak, Malaysia menjadi juara baru (new king) pada kejohanan kali ini. Sebelum ini, Malaysia hanya pernah sekali sahaja ke peringkat akhir pada tahun 1996 (ketika itu Kejohanan ini bergelar Tiger Cup), tetapi Malaysia tewas di tangan Thailand, 1-0.
Tapi, itu dulu. Kali ini, Harimau Malaya membaham Garuda, 3-0 pada perlawanan final pertama Ahad lalu di Bukit Jalil. Pada perlawanan ke-2 pula, yang baru berakhir tadi, Malaysia tewas di 1-2, hasil gol sendiri. Huhu..kali ke-2 Malaysia bagi gol percuma kepada Indonesia sepanjang Kejohanan AFF Suzuki Cup 2010 ni.

Apapun, tewas 1-2 kepada Indonesia malam tadi tak memberi erti kepada kita, kerana kita tetap menang dengan agregrat 4-2 secara keseluruhan.

Safee Sali muncul sebagai penjaring gol terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 setelah berjaya menyumbat 5 gol sepanjang kejohanan berlangsung. Mantap!

Selaku juara, Malaysia memenangi USD 100, 000. Indonesia pula membawa pulang USD 50, 000.

Pemain Indonesia, Firman Utina dinobatkan sebagai pemain paling bernilai dan membawa pulang USD 10, 000 sebagai ganjarannya.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMAIN MALAYSIA!. ANDA SEMUA SANGAT BERKALIBER!.

31 DISEMBER (JUMAAT) DIUMUMKAN SEBAGAI CUTI UMUM

VIDEO GOL FINAL KE-2


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

BACA JUGA :  MALAYSIA 2-1 TAIWAN KELAYAKAN DUNIA 2014 (1ST LEG BUKIT JALIL)
error: Content is protected !!