Malaysia akan bertemu Vietnam sekali lagi pada peringkat separuh akhir ke-2 Piala Suzuki AFF 2010 malam ini di Stadium Nasional, MyDinh, Hanoi. Tak sabar nak saksikan perlawanan malam ini. Nak tengok bagaimana pemain kita beraksi dengan harapan mereka dapat menunjukkan corak permainan yang kental kerana Vietnam sudah pasti tidak berdiam diri dan mempunyai semangat yang lebih membara untuk menang, lebih-lebih lagi beraksi di hadapan penyokong sendiri.
Malam ini, Vietnam aka beraksi dengan 3 tonggak utama mereka iaitu Nguyen Trong Hoang (sebelum ini menjalani hukuman penggantungan), Doan Viet Cuong dan Phan Van Tai Em (tidak beraksi ketika di Bukit Jalil kerana mengalami kecederaan).
Kali terakhir Malaysia beraksi di pentas akhir ialah pada 1996. Jom kita usyar kata Fahmi, Shebbi, Mat Zan dan Rajagopal mengenai perlawanan malam ini.
Khairul Fahmi Che Mat (penjaga gol kebangsaan):
“Main mati-matian. Semua kena bermain mati-matian untuk memastikan tempat ke perlawanan akhir terjamin namun kami juga perlu fokus sepenuhnya kepada perlawanan tanpa sebarang gangguan. Selain itu kerja keras, semangat berpasukan dan usaha membaiki kelemahan perlu bagi mengharungi baki 90 minit perlawanan separuh akhir kedua ini. Saya sudah sedia. Saya jangka mereka akan serang bertali-arus seawal minit pertama bagi mencari gol awal untuk meniup semangat“. ~ MyMetro
Setakat ini, sepanjang 3 perlawanan di Kejohanan AFF SUZUKI CUP 2010, Fahmi telah menunjukkan aksi yang cemerlang dan tangkas dalam tugas berat sebagai benteng pertahanan terakhir menjaga gawang gol Malaysia. Harap Fahmi dapat meningkatkan prestasi dan terus cemerlang malam ini.
K. Rajagopal (jurulatih skuad kebangsaan):
“Masih ada 90 minit lagi dan ia bukanlah mudah. Saya perlu menyediakan pelan yang betul. Semua pemain sedar inilah saat terbaik untuk layak ke akhir. Mereka perlu mengambil kesempatan ini. Kami hormati Vietnam kerana selain beraksi di tempat mereka, suasana perlawanan juga tidak sama dengan Bukit Jalil. Apa yang penting, pemain perlu bangkit daripada rasa selesa dan melupakan seketika kejayaan di Bukit Jalil. Tugas kami belum selesai. Pemain tidak boleh leka dan perlu segera menumpukan perhatian kepada perlawanan“. ~MyMetro.
Shebbie (Pengkritik sukan):
“Saya jangka pasukan kita akan menamatkan separuh akhir kedua dengan keputusan seri. Mungkin 1-1. Tidak mustahil kita layak ke perlawanan akhir kerana kita mempunyai kekuatan yang cukup di beberapa posisi. Bagi saya, soal tekanan sepatutnya tidak timbul kerana kita ada ramai pemain pernah beraksi di perlawanan akhir Sukan Sea menentang musuh serupa, hujung tahun lalu. Kekuatan pasukan kita ialah mereka bermain sebagai satu pasukan dan ada individu di dalam pasukan kita yang boleh menentukan hala tuju perlawanan. Secara keseluruhan, skuad bimbingan Rajagobal itu lebih kuat berbanding Vietnam yang juga juara bertahan kejohanan dan pendapat itu berdasarkan kepada aksi dipamerkan sepanjang separuh akhir pertama, Rabu lalu“. ~MyMetro.
MAT ZAN MAT ARIS (JURULATIH KELAB POS MALAYSIA)
“Vietnam yang dibimbing jurulatih Henrique Caliston itu bermain lebih baik pada separuh akhir pertama dan bijak kuasai bola. Kalau berdasarkan separuh akhir pertama lalu, saya dapati Vietnam lebih banyak kuasai bola dan dua jaringan kita itu adalah disebabkan kesilapan penjaga gol mereka. Tetapi itu tidak bermakna pasukan kita tak kuat“.~MyMetro
p/s: Itu kata mereka. Apa pula pendapat anda?. Berjayakah Malaysia menumpaskan Vietnam malam ini dan seterusnya mara ke final?. Saya yakin mereka boleh dengan syarat mereka tenang dan tumpukan sepenuh perhatian pada perlawanan dan tidak tertekan dengan harapan tinggi rakyat Malaysia yang tergalas di bahu mereka.
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.
Kalau pemain terus fokus untuk ke pentas akhir, tiada yang mustahil. Fikirkan Boleh, InsyaAllah Boleh. =)
apex keeper cekap dan power…HIDUP APEX..