Alhamdulillah, Malaysia menang 3-0 ke atas Indonesia. Piala Suzuki AFF sudah hampir sangat untuk berada dalam genggaman Malaysia. Suka sangat. Permainan yang sangat menarik malam ni. Sejak awal perlawanan Malaysia sudah memulakan asakan, dan akhirnya membuahkan hasil pada separuh masa ke-2. 
Malaysia benar-benar mengambil pengajaran daripada kekalahan lalu pada peringkat kumpulan, dibelasah 5-1. Aksi cemerlang skuad kebangsaan malam ini patut dipuji. Harap Malaysia tak over confident, dan meneruskan kecemerlangan pada Rabu nanti.
p/s: Tapi aku tak puas hati dengan referee tadi. Huish! Apakah?  


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!