Malaysia berjaya mengutip pingat emas pertama pada Sukan Universiti Asia (AUG) 2010 melalui acara karate-do (Kumite 84kg, lelaki perseorangan). Pingat emas pertama ini dimenangi oleh V. Jayaselan yang berjaya menumpaskan Sengpheng Duangvilai (Laos), 2-0. 
Kemenangan ini sekaligus mempertahankan pingat emas yang dimenanginya pada kejohanan sebelum ini di Malaysia (AUG 2008).  V. Jayaselan merupakan pelajar UPM.
Sementara itu, rakan seperjuangannya, Roney Roger Sining memenangi pingat perak setelah tewas ditangan Suttichi Akhiao (Thailand), 5-7 pada perlawanan peringkat akhir kategori lelaki perseorangan 84 kg.  ~Bernama.


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!