Snapshot ni aku ambil dari Utusan. Jumaat ni, 31 Disember, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib mengisytiharkan sebagai cuti umum, sempena kejayaan Malaysia menjulang Piala AFF Suzuki buat pertama kalinya.
Yeay! Jumaat cuti. Terima kasih banyak-banyak kepada skuad Harimau Malaya atas kemenangang kalian. Terima kasih, Datuk Najib, bagi kami rakyat jelata cuti. I like! =D
p/s: Tapi kan, company tempat aku kerja memang dah isytiharkan cuti umum hari Jumaat ni, sebab 1 Januari jatuh pada hari Sabtu. So, cutinya, didahulukan ke hari Jumaat ni. Huhu..Adakah company aku akan memberikan kami cuti berganda?. Tapi Manager HR ada kat Barli sedang bercuti sekarang ni. Keputusan terletak di tangan dia. Huhu..Minta-mintak la dapat cuti berganda (cuti umum Piala AFF ni, diganti ke Isnin pula).
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.