Sang suria masih gagah memancarkan terik sinar mentarinya tanpa sekelumit belas pada semua yang menerima terik pancarannya. Tanah yang telah sedia kering dan gersang ini semakin kontang. Dari kejauhan, kelihatan satu bayang-bayang susuk tubuh manusia yang terhoyong-hayang ke kanan dan ke kiri tak tentu hala.
Walau tekak merasa kering dan seakan berpasir, Ana masih tidak mahu beralah. Diri yang semakin lemah, digagahkan juga merentasi kawasan tanah lapang nan tandus ini. “Air…air..air..” Hati Ana sahaja yang mampu menuturkan perkataan itu. Bibir dah tak mampu lagi hendak dibuka untuk berbicara. Air liur yang ditelan sedari tadi, terasa kelat setiap kali melalui kerongkong.
Argghhh! Tidak! Tidak! Di hadapan mata Ana kini hanya kelihatan bintik-bintik hitam dan kuning. Argghhh…bising! bising!. Telinga Ana berdesing. Semakin lama semakin kuat bunyi desingan itu. Ana menutup telinga sekedap mungkin sambil memejamkan mata. Yeah! Kini, dunia Ana sudah sepi. Senyap dan sunyi. Badan Ana terasa ringan tiba-tiba. Ana rasa tenang.
Setengah jam kemudian, Ana mengangkat kelopak matanya.
“Waaahhhh!! Apa benarkah segala yang kulihat ini?. Banyaknya air. Iya! Aku mahu air. Hijau…hijau…hijau semuanya…air pun hijau. Boleh ke aku minum air ni?. Tak mati ke nanti?. Argh..Ben Ashaari je yang tahu jawapannya”, cetus hati kecil Ana.
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.
Baca juga artikel berkaitan ini:
semoga berjaya…
@Cuteoven: Thanks.