Terbaca di mStar yang menyatakan bahawa kira-kira 3,000 tiket berharga RM50 untuk perlawanan akhir pertama Piala AFF-Suzuki 2010 yang akan berlangsung di Bukit Jalil Ahad ini telah pun habis dijual pagi hari pertama kaunter jualan di buka (pagi Khamis) dek kerana para penyokong Malaysia dan Indonesia dah mula menyerbu Stadium Nasional Bukit Jalil seawal jam 9 pagi untuk mendapatkan tiket, sedangkan kaunter mula di buka jam 10 pagi.
Penyokong-penyokong Malaysia berasa tidak puas hati kerana terdapat penyokong Indonesia turut mendapatkan tiket yang dikhaskan untuk penyokong Malaysia di Stadium Nasional. Jom dengar keluhan penyokong Malaysia mengenai perkara ini.
Mohd Azlan Abdul Halim:
“Pihak pengurusan FAM perlu lebih telus dalam perkara ini. Jika mereka kata kena tunjuk kad pengenalan sebelum beli tiket, buat sahajalah untuk buktikan rakyat Malaysia yang beli tiket di sini (Stadium Nasional). Mereka jual sahaja tiket tanpa meminta kad pengenalan. Kalau macam ini senang-senang sahaja mereka (penyokong Indonesia) boleh beli tiket di sini.”
R. Balan:
“Mereka (FAM) perlu lebih tegas dalam pekara ini. Selain itu, FAM sepatutnya juga mengehadkan jumlah tiket yang hendak di beli. Kalau tidak, mungkin akan diambil kesempatan oleh ulat-ulat tiket untuk membeli dengan banyak dan jual semula dengan harga yang tinggi.” katanya.
Erm..pendapat aku, tak bolehlah macam tu, kan. Kalau macam ni, habislah stadium tu nanti dipenuhi oleh penyokong pasukan lawan, sedangkan kita lawan di tempat sendiri dan perlukan sokongan dari peminat sendiri. Kan dah ada peruntukan sebanyak 15,000 tiket RM30 dan 500 tiket RM50 untuk penyokong Indonesia yang bekerja di negara ini, manakala 70,000 keping tiket RM30 dan 2,500 tiket RM50 pula untuk penyokong Malaysia. Sepatutnya peruntukan yang diberikan digunapakai sebetul-betulnya. Erm….tak kesian kat skuad dan penyokong negara sendiri ke?. Lawan kat tempat sendiri, kita sepatutnya perlu take advantage yang ada.
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.
hoh..mintak2 msia menang la hendaknye ye.. 😀
akak..takkan tulis berita je..hehe..beli la tiket itu..tengok sama2 kat stadium..menyokong negara kita secara dekat..=)
p/s: Terima Kasih akak kerana sudi memberi komen di blog saya..Sebagai balasan saya membuat kunjungan balas ini ke blog akak..=)..trafik tu sbgai peransang sy nak tulis blog je..hehe..bila ada pembaca yang baca yang kita tulis itulah yang menambahkan semangat kita nak tulis..betol x akak..=)
****KLIK ENTRI TERKINI DISINI****
@Ainismaira: Hope so, lah.
@Faiz: Kalau lawan kat stadium Larkin, akak pergi tengok. hehe =D Awak tengok bagi pihak akak, eh.