Yehaa…dah lama rasanya aku tak buat entri pasal blog. Asyik tulis pasal sukan je, kadang-kadang bosan juga. Almaklumlah, aku ni dah memang jenis manusia yang cepat bosan.
Memandangkan kali ni aku berada dalam keadaan yang sangat tak ada mood untuk update blog (bukan tak mahu update), tapi adalah perkara yang merencatkan aku untuk berblog. Perkara ni, aku rasa, ramai blogger di luar sana pun, mengalaminya.
OK, berikut adalah perkara-perkara yang menyebabkan mood untuk aku berblog jadi ‘down to earth’:
1. Internet yang slow tahap gaban.
Yeah! Ni lah yang paling aku benci sekali. Bukan setakat benci sekali, malah benci dan menyampah sangat. Bulan ni aku pecah rekod, menggunakan volume (quota) internet yang aku beli dari MAxis, iaitu 1.5 GB habis dalam tempoh 2 minggu. Biasanya, dah sebulan pun aku tak habis guna quota ni. Tapi bulan ni, memang betul-betul pecah rekod. Siap aku top up volume 500 MB lagi, pun habis juga.
Haish! Disebabkan Maxis ni memang tangkai jering, so bila aku dah habis guna volume yang aku subscribe, dia pun slow down kan internet. Gamaknya, aku nak buka blog pun tak de mood. Mana nak ada moodnya, tunggu dia loading punyalah berejam. Sempat menguap 10 kali. Erm..malas ler nak ngadap blog kalau dah macam ni.
Alternatifnya, disebabkan ada perkara dalam perkara ini yang nak diluahkan dan aku memang suka menaip, jadi aku blogging secara offline dulu. Erk..hehe..ala, taip entri kat Notepad dulu, pastu baru copy paste dalam blog. Hehe..Kalau buka blog dulu baru nak buat entri, alamatnya, mood aku dan idea aku pun dah selamat melayang entah ke mana sebelum sempat taip sepatah pun perkataan kat draft entri. Dush!
2. Penat
Ni selalu terjadi kat aku. Jauh di sudut hati memang nak berblog, tapi apa kan daya, rasa penat lebih menguasai diri. Time ni, kalau aku buka blog pun, sekadar approve komen dan tengok statistik visitor je. Nak taip entri time penat-penat macam ni memang aku malas. Karang tah apa-apa je entri yang aku buat. Baik tak payah update, daripada update tapi tah apa-apa je entrinya.
3. Kurang kerajinan
Hehe…yang ni memang selalu. Aku tak mahulah gunakan perkataan ‘malas’, so aku gunakan perkataan ‘kurang kerajinan’. Idea untuk aku merapu kat dalam blog ni memang mencurah-curah. Tapi nak buat macam mana kan, selalu je rasa malas nak buat entri bila dah duduk depan laptop. Padahal, masa laptop takde depan mata, berkobar-kobar nak update blog. Hihu..
4. Takde mood
Wohaa.. yang ni memang mood ke laut lah.. Walaupun time tu rasa tahap kerajinan terlebih, tapi mood pula takde. So, tak berblog jugalah. Malah, kadang-kadanh tu tak jenguk pun blog.
5. Bosan dah dengan blog
Hehe..ni yang aku selalu rasa. Tah lah. Memang aku ni spesis yang cepat bosan. So, nak buat macam mana kan. Huuu…
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.
paling benci ngan no 1 n 4 tu la,,
yg laen2 tu okay2 je,,
Gelak La Kau Puas2
tahniah akk..sbb dh luah kn pe yg terbuku kt otak sy..haha..mmg nie la yg merencatkan segalanya..bukan merencatkan je..lumpuh terus kot..haha
****KLIK ENTRI TERKINI DISINI****
mungkin kena tambah satu lagi. sibuk.
hollowgram