Seperti yang telah diketahui ramai, malam tadi, Malaysia berjaya meneggelamkan Indonesia 3-0 dalam perlawanan peringkat akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi merebut Piala Suzuki AFF 2010.  
Gol pertama pada minit ke 61 oleh Safee.
Gol ke-2 pada minit ke 68 oleh Ashari.
Gol pertama pada minit ke 73 oleh Safee.

Pujian diberikan kepada Norshahrul kerana berjaya melepasi blocking yang dilakukan oleh pemain Indonesia. Norshahrul masih mampu memboloskan diri walaupun dikepung oleh 3 pemain Indonesia dan seterusnya membuat hantaran cantik kepada Ashari untuk menjaringkan gol ke-2.
Jom saksikan bagaimana Safee dan Ashari menjaringkan gol kemenangan dan kebanggaan untuk Malaysia hasil hantaran cantik Norshahrul Idlan Talaha.

p/s: Tak kiralah orang nak kata laser ke apa, yang pastinya pemain Malaysia bermain dengan cukup cemerlang malam tadi. Sebaliknya, penjaga gol Indonesia, Markus kelihatan menggelabah setiap kali Malaysia mendapat free kick dan peluang free kick yang diberikan kepada Indonesia juga hampir kesemuanya tidak dapat disudahkan dengan baik.

LIVE UPDATE PERLAWANAN MALAYSIA VS INDONESIA


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!