Tahniah kepada Harris (11 tahun) kerana berjaya membawa pulang RM 10,000 dan trofi setelah dinobatkan sebagai Juara Idola Kecil 3 pada malam grand finale. Harris atau nama sebenarnya, Nor Harris pernah membuat persembahan di Hard Rock Cafe, Pulau Pinang dengan kumpulan muziknya sendiri.
Penyanyi cilik dan lincah ini sangat meminati muzik rock dan sering membuat persembahan di hotel-hotel sekitar Pulau Pinang bersama bandnya iaitu First Step yang ditubuhkan sejak dua tahun lalu. Harris amat meminati Faizal Tahir dan berhajat untuk berduet dengan Faizal Tahir.  
Pada malam grand finale, Harris menyampaikan 2 buah lagu iaitu lagu Drama King dan lagu barunya, Sampai Ke Bulan, ciptaan Rumie Booty dan Tisya.

Jom layan video persembahan Harris sewaktu mendendangkan lagu Drama King pada malam grand finale yang berjaya memukau para juri dan ribuan penonton.

Video ketika Harris menyanyikan lagu barunya, Sampai Ke Bulan.

Nyanyian Harris memang mantap dan Harris enchem…Hehe  =D


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!