Sementara menunggu kereta aku yang sedang diservis tu, aku nak join segmen baru dari Bro Ben. Siapa lagi kan, blogger yang paling banyak buat segmen selain Bro Ben ni. Tapi yang pastinya, semua segmennya dapat sambutan hangat. Dahsyat!
OK, aku ada masa dalam 15 minit je untuk siapkan dan publish entri ni sebab bateri laptop aku ni dah nak kong. Segmen Masihkah Kau Ingat, mengimbas detik-detik awal, bermulanya perjalanan hidupku sebagai seorang part time blogger.
SEJARAH TERCIPTA
Kalau diimbas kembali 10 entri pertama yang dicipta setahu lalu, haha! bisa gelak besar berdekah-dekah aku. Tapi entri tu takde kat sini, dia ada kat blog lain yang aku dah privatekan. Entri pertama kat sini adalah dari entri blog itu juga, tapi aku dah modified sikit, ikut cakap dan tunjuk ajar sifu-sifu blog. Ahaks! Aku belajar sendiri je buat blog ni. Takde orang yang ajar, yang aja aku adalah blog-blog tutorial yang berlambak-lambak kat google ni ha.
 KALI PERTAMA DAPAT KOMEN
Kalau tak silap, entri pertama dapat komen banyak, adalah entri peribadi. Entri lepas geram aku terhadap orang lelaki yang gatal. Entri mendapat sambutan dari para lelaki di luar sana. Biasalah kan, dah entri tu pun pasal orang laki. Senyum-senyum je baca komen mereka. Ada yang siap bagi nasihat. Thanks.  
Tapi, komen pertama yang aku terima sepanjang berblog ni ialah komen teguran dari seorang blogger yang agak glamour dalam dunia blog. Sebab entri tu mengenai agama, tapi aku letakkan gambar yang tak sesuaipada entri tu. Mula-mula aku rasa apa yang aku buat tu betul, sebab ada sebabnya dan tujuan tertentu aku letakkan gambar tu, tapi mungkin bila pembaca baca, tanggapan mereka lain pula. Jadi, beberapa hari kemudian, aku tergerak hati nak tukar gambar tu. Mungkin benar apa yang dikata.
NASIHAT KEPADA BLOGGER BARU
Owh! layak ke aku bagi nasihat kat orang ni. Aku sendiri pun masih lagi baru dalam dunia blog ni. Tapi yang pastinya, bagi aku, dunia blog ni juga ada cabaran dan dugaannya yang tersendiri. Jangan mudah melatah bila mendapat komen negatif. Bab-bab tersentap dalam berblog ni memang biasa. Yang penting dalam berblog adalah hati kita happy. Yang penting HAPPY!.
BLOG BARU DI FOLLOW

Malam tadi nak follow blog ni: abdussalamzainal.blogspot.com, tapi internet aku slow. Jadi, nanti ada masa aku follow lagi blog tu. Ibnu Zainal ni salah seorang krew iluvislam.
Ops! Kereta aku pun macam dah siap je tu. Hehe.. Bye..jumpa lagi..Entri ringkas je sebab masa amat mencumburui aku. =D


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!