Alhamdulillah, hari ni rasa lega sangat. Teramat sangat leganya. Lega sebab akhirnya urusan biasiswa aku dah selesai. Nak kata selesai semua, tak juga. Tapi dah 80% selesai lah. InsyaAllah, dalam minggu ni semua selesai. 
Tadi petang, tiba-tiba mesej masuk. Dari ibunda tersayang. Mak kata, aku dapat cek dari Nuffnang. Yahuuu..aku seronok sangat. Tak sangka awal bulan boleh dapat. Aku budget mungkin tengah bulan. Hari tu, aku tekan cash out 15 November, dan yang aku tahu Nuffnang akan uruskan pembayaran untuk tempoh 30 hari dari tarikh awal bulan (maksudnya, walaupun aku cash out pertengahan November, awal bulan 12 baru Nuffnang akan proses, dan 30 hari dikira dari 1hb December). So, hari ni 4 Januari cek dah pun sampai di rumah. Nuffnang tak tipu, dia kata 30 hari proses pembayaran, dalam tempoh tu juga settle. 
Suka sangat…Heeee 😀 Tak sabar nak cash out untuk kali ke-2. Tapi nak tunggu ratus baru tekan. Sekarang ni puluh-puluh je lagi. 🙂
Balik kampung Jumaat nanti lah baru dapat tengok cek tu. Nak buat contest ni. Nak share earning tu dengan para pembaca sekalian. Tapi tak tahulah ada ke orang nak join. Blog tak glamour ni. Huhu..

p/s: Walaupun amount yang tertera kat cek tu tak banyak mana pun, tapi aku tetap suka. Senyum hingga telinga. Rasa sweet sangat earning dari blog ni. Buat blog suka-suka untuk isi masa lapang, tapi tak sangka sampai boleh dapat cek.

psssttt:  Dear Nuffnang, bagi lah I buffered lagi. Hehe =D. 


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!