Join contest memang hobi aku. Kali ni nak join Contest Foto Kiut. Boleh letak gambar sendiri atau sesiapa sahaja, tapi memandangkan takde gambar aku yang kiut, makanya aku pertaruhkan gambar anak sedara kesayangan aku ni.

Annur Sumayyah namanya. Ketika sessi fotografi ni, Sumayyah masih dalam hari, baru berusia seminggu. Tapi mama dia dah tak sabar-sabar nak dia duduk, jadilah Sumayyah melentok je kepala dia. Tapi masih sempat tersenyum dekat Pak Ndak nya, selaku fotographer. Sumayyah memang suka senyum. Bila tengok orang je, dia senyum. Murah betul senyuman ini budak. Geram tau!. Cubit-cubit!.

p/s: Huhu…rindu la pulak kat Sumayyah. Minggu lepas aku balik kampung, dia pula balik kampung sebelah mama dia..Huhu..Miss you my sweet dear =D  


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!