Terbaca kat mStar Online berita tentang kematian Pelakon Slot Drama Adamaya dan Tiramisu, Faizal Yusof, meninggal dunia pagi tadi.

PETALING JAYA: Pelakon Faizal Yusof telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur pagi Sabtu. Menurut bekas isterinya, Siti Nordiana, Allahyarham Faizal mengadu sakit jantung dan pengsan di rumahnya.

“Siti Nordiana dan isteri arwah terus membawanya ke Hospital Pusrawi dan dia dimasukkan ke wad ICU. Keadannya pada ketika itu sudah kritikal,” katanya yang dihubungi , Sabtu.

Jenazah masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumah Faizal di Sentul petang nanti.

 Innalillahiwainnailaihirrajiun. Al-Fatihah. Takziah untuk keluarga arwah Faizal Yusof.

p/s: Teringat lakonan berkesan arwah dalam drama bersiri Adamaya, sehingga menyebabkan dia dibenci dengan watak Danny yang dibawa.


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!