Terbaca dekat Berita Harian mengenai harga kereta bakal dinaikkan tahun ni.
Menurut kaji-selidik Frost & Sullivan, harga kereta di negara ini dijangka meningkat sedikit tahun ini susulan peningkatan kos buruh dan harga besi global.
Menurut Kavan Mukhtyar, Ketua Bahagian Automotif dan Pengangkutan:

“Walaupun begitu, ia dijangka tidak akan menjejaskan jualan kereta secara keseluruhan. Disebabkan aliran global itu, kita mungkin akan menyaksikan sedikit peningkatan harga kereta tahun ini. Namun ia tidak akan memberikan kesan yang terlalu dramatik kepada industri automotif secara keseluruhan memandangkan terdapat banyak persaingan di pasaran ketika ini. Selain itu, jangkaan kenaikan kadar faedah pinjaman bank bagi pembelian kenderaan juga tidak akan menjejaskan jualan kereta tahun ini”.

“Jangkaan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada sekitar 3.25% pertengahan tahun ini hanya akan memberikan impak minimum ke atas beban pinjaman pengguna dan kelulusan pinjaman. Kenaikan harga minyak juga dijangka tidak akan menjejaskan jualan kereta di Malaysia memandangkan kadar kenaikan harga bahan api itu masih lagi munasabah. Bagaimanapun dalam konteks Malaysia, kita menjangkakan kenaikan harga minyak akan berlaku sedikit saja, justeru ia tidak akan memberikan kesan ketara ke atas jualan kereta di negara ini”.
Pssttt: Nasib baik aku dah beli kereta, beli masa promosi kadar faedah pinjaman 2.85% je. Selamat…Tapi kan, sekarang ni, semua harga barang nak naik. Padahal gaji naik sikit je, setakat RM35. Dush! Kos sara hidup makin tinggi..


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!