Aku suka sangat lagu-lagu Maher Zain yang tulus dan menyentuh jiwa. Kali pertama mendengar lagu ‘Always Be There’, aku dah mula menyukai lagu-lagu dendangan penyanyi berketurunan Lubnan ni. Sejak itu, kadang-kadang ketika hati tak keruan, aku akan pasang lagu Maher Zain ni. Sambil mendengar lagu ni, boleh muhasabah diri ketika menghayati lirik lagu yang didendangkan. Sambil-sambil tu, boleh juga sebut kata-kata pujian kepada Allah.
Berita baik untuk peminat-peminat beliau di Malaysia. Maher Zain akan mengadakan konsert live di Malaysia pada 25 dan 26 Februari 2011 di Stadium Melawati Shah Alam. Konsert ini dijangka bermula jam 7.45 malam dan berakhir pada 11.30 malam. Konsert anjuran bersama Inteam Records Sdn Bhd dan Fiero Sdn Bhd dengan kerjasama Awakening Entertainment ini akan membariskan pemuzik-pemuzik professional dari Malaysia (Kumpulan Inteam), Macedonia (Mesut Kurtis) dan Kanada (Irfan Makki).
Harga Tiket:
RM 297.00
RM 253.00
RM 203.00
RM 103.00
RM 53.00
(1 tiket untuk 1 malam sahaja)
Kedudukan Kerusi
Layout kedudukan kerusi untuk malam pertama, 25 Januari.
Maklumat lanjut untuk tempat jual, masa penjualan tiket, layout untuk konsert malam ke-2, 26 Januari dan beberapa maklumat penting boleh di dapati di SINI.
p/s: Boleh tahan harga tiket dia. Kalau dekat, boleh juga aku pergi. Cekau yang RM53 je udah ler.. 😀
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.