KEHIDUPAN BARU: KEBEBASAN YANG TERSEKAT

by syaisya on January 29, 2011

rumah KEHIDUPAN BARU: KEBEBASAN YANG TERSEKAT
gambar sekadar hiasan
3 hari lagi, genaplah sebulan aku menginap di rumah baru ni. Banyak sebab mengapa akhirnya aku membuat keputusan untuk berpindah rumah, walaupun pada asalnya aku tak mahu pindah rumah kerana target aku mahu melanjutkan pelajaran awal tahun 2011 ni.
Macam-macam hal dan masalah di rumah lamaku. Akhirnya, kaki ni melangkah keluar juga. Kehidupanku kini jauh berbeza dengan kehidupan di rumah lama. Jika dulu, di rumah lama, waktu untuk aku berblog sangatlah lama. Ada banyak masa untuk aku mengadap blog. Tapi kini, setiap malam, jadual ku sangat terhad. Line broadband aku ni pun tak berapa baik di sini, menyebabkan mood aku selalu down setiap kali nak berblog. Iyalah, mana taknya, asyik-asyik keluar page cannot display. Hadoyai! menyampah!. Kadang-kadang tu, langsung tak boleh connect ke internet. Blog ni pun dah slow sikit updatenya.

Dulu, kat rumah lama, perjalanan aku untuk pergi ke tempat kerja dan balik dari kerja, hanya 5 minit. Tapi, aku telah berpindah jauh sikit dari tempat kerja, masa perjalanan 30 minit. Disebabkan dah duduk jauh sikit, maka aku tak boleh lagi tidur lewat malam. Paling lewat pun pukul 1. Tapi ni jarang lah, selalu pukul 12 aku dah mula siap-siap untuk tidur. Tak boleh nak tidur lambat sangat macam dulu, sebab kena bangun awal, keluar rumah awal, kalau keluar rumah lambat, trafik jem sangat nanti.   
Tapi yang bestnya duduk di rumah baru ni, aku perasan hidup aku dah mula teratur sikit. Dulu selalu sampai tempat kerja lambat. Gaji asyik kena potong sebab lateness. Dah pindah rumah baru, tak pernah lambat pun. Setiap pagi, aku akan dikejutkan dengan suara azan. Surau dekat je dengan rumah. So, suara azan sangat kuat kedengaran. Setiap hari juga, boleh dengar suara orang mengaji dan tafsir Al-Quran lepas maghrib.  

comel KEHIDUPAN BARU: KEBEBASAN YANG TERSEKAT
Gambar sekadar hiasan

Separuh dari masalahku seakan melayang sejak pindah rumah. Aku tak nafikan, duduk dirumah lama tu, aku rasa tension sangat. Kini. aku rasa lega sangat. Semangat aku untuk bekerja pun dah naik semula sejak pindah rumah. Haha..tak tahu aku ni kenapa. Mungkin sebab suasana rumah sangat mempengaruhi mood aku.

Tapi, setiap perkara mesti ada pro dan kontra nya kan. Duduk rumah baru ni, nak masak pun susah. Sini dapur memang tak berasap. Masing-masing makan luar. Aku yang tak gemar makan kat luar ni, nak memasak pun rasa seksa je. Peralatan tak lengkap. Air kat sinki pun, mak aih, kecil bebenor. Jenuh aku tunggu air tu. Dapur pun takde rumah ni, aku beli multi cooker je untuk memasak. Senang, tak payah beli tong gas. Hehe..tapi bil elektrik je lah yang melambung sikit nanti.
Dari segi tempat letak kereta pula, memang susah. Jalan kecil je. Kereta punyalah banyak. Nak lalu pun susah. Kereta aku selalu tak lepas. Hari tu, tak pasal-pasal, side mirror aku bersalaman dengan side mirror kereta kat tepi jalan tu. Waduh! Geram bangat aku ni. Hangin rasa 1 badan. Diorang ni parking selamber je sesuka hati, boleh pula parking kereta betul-betul setentang dengan kereta kat seberang jalan. Macam mana aku nak lepas, laluan sempit sangat. Kanan kiri ada kereta. Geram!.
Erm..lama aku tak luahkan perasaan dan menceceh kat blog ni. Raca cam gian lak nak bebel kat sini. Alahai…bestnya dapat luahkan apa yang terbuku di lubuk hati ni.
Adios (“)(0.o)(“) 

EF7E31402E32ADBE21C0146FA24231F2 KEHIDUPAN BARU: KEBEBASAN YANG TERSEKAT
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: