PERSEORANGAN

Datuk Lee Chong Wei berjaya mara ke separuh akhir setelah menewaskan pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh: 21-15, 21-16  di peringkat suku akhir semalam, dalam perlawanan yang hanya mengambil masa 40 minit.

Chong Wei akan bertemu Chen Long (China), setelah Chen Long menang percuma kerana lawannya yang juga rakan senegara, Lin Dan, menarik diri kerana kecederaan di bahagian abdomen kiri.

BEREGU

Mohd Zakri Abdul Latif dan Hoon Thien How, pasangan beregu tunggal negara dan juga satu-satunya harapan negara dalam acara beregu, terkandas di peringkat suku akhir, setelah tewas di tangan pasangan Jepun, Naoki Kawame-Shoji Sato (ranking ke-29 dunia). Mereka tewas 16-21, 19-21.


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!