Perlumbaan Le Tour De Langkawi, LTdL yang ke-16 akan bermula esok dan berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 1 Februari. Perlumbaan sebanyak 10 peringkat ini disertai oleh 23 pasukan. Perlumbaan ini diikuti oleh banyak negara dan ditonton lebih 300 buah negara. Ini dapat mempromosikan negara Malaysia sebagai 1 destinasi perlancongan yang menarik, selain daripada memberi peluang kepada pelumba tempatan dan Asia bersaing dengan pelumba handalan dunia.
Sebelum ini, skuad kebangsaan berjaya dinobatkan sebagai juara Asia pada edisi 1999. Skuad kebangsaan terdiri daripada Musairi, Nor Effandi Rosli, Tsen Seong Hoong, Shahrulneeza Razali, Suhaimi Keton dan Muhamad Mahadzir Hamid.
Sementara itu, Asian Racing Team, pasukan terkemuka Jepun,  yang berjaya memenangi 1 peringkat pada Le Tour De Langkawi tahun lepas dan juga menduduki tangga ke -12 secara kesuluruhan dan ke-5 dalam kategori pasukan Asia, mensasarkan untuk menang besar pada LTdL 2011 ini.
Mereka meletakkan target untuk memenangi peringkat pertama untuk meningkatkan moral dan semangat mereka untuk memenangi 2 atau 3 peringkat lagi. Fokus utama mereka adalah laluan rata bagi perlumbaan pecut dan juga pendakian ke Cameron Highlands dan Genting Highlands.  
Kejohanan ini menawarkan wang tunai berjumlah hampir RM 1 juta. Agak-agaknya, bagaimana nanti persembahan pasukan negara kita, ya?  


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!