Ana Raffali menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-25. Ramai yang bersuara mempertikaikan tentang kemenangan Ana. Tapi yang pastinya, para juri professional dah bulat suara memilih lagu Tolong Ingatkan Aku sebagai juara kerana lagu ini telah berjaya melepasi kesemua peringkat. 
Setahu aku, AJL bukanlah pertandingan populariti sesebuah lagu, tapi lebih kepada lagu itu sendiri terutama liriknya. Jom hayati lirik lagu Tolong Ingatkan Aku hasil karya Ana Raffali.
TOLONG INGATKAN AKU
Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari
Chorus
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Ulang Chorus
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku
Kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Menurut Ana, “saku penyeluk masa” dalam lagu ini membawa maksud masih ada masa yang diperuntukkan untuk orang yang tersayang walau sesibuk mana pun seseorang itu.
p/s: Sehingga kini, aku masih suka dengan lagu-lagu zaman 90-an. =D

 


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!