14 buah lagu yang menyertai Anugerah Juara Lagu ke-25 ini:
Siaran langsung Anugerah Juara Lagu ke-25 berlangsung secara langsung di TV3. Malam AJL-25 dimulakan dengan persembahan Juara-juara lagu yang terdahulu termasuk Sekadar Di Pinggiran, Nash (Pada Syurga Di Wajahmu), M. Nasir (Tanya Sama Itu Hud-Hud) dan M. Nasir (Ghazal Untuk Rabiah).
GAYA PERSEMBAHAN/GIMIK

1. Yuna tampil sebagai peserta pertama dengan lagu yang dikarangnya sendiri, Cinta Sempurna. Yuna tampil dengan bermain piano sendiri. 
2. Persembahan ke-2 yang bertenaga dari Tomok dengan lagu Berlari. Memang Tomok ada berlari-lari di atas pentas,sesuai dengan tajuk lagu yang dinyanyikan.
3. Persembahan ke-3 dari kolaberasi 3 kumpulan, di bawah nama API, mendendangkan lagu Pelita. Kumpulan ini tampil dengan tangan berbolot-bolot dan muka konon-kononya berdarah.

4. Shahir kemudiannya muncul dengan berpakaian serba putih untuk mendendangkan lagu Kebahagian Dalam Perpisahan. Persembahan dimulakan dengan seorang perempuan mendeklamasikan sajak. Di akhir persembahan, Shahir ditampar oleh perempuan ini. Pang! Hehe…sound effect dari aku sendiri… =D

5. Meet Uncle Hussein muncul dengan lagu Drama King. Black berjaya menyampaikan lagu ni dengan baik sekali.

6. Persembahan berikutnya dari Hafiz dengan lagu Noktah Cinta amat mengejutkan. Ramai penonton yang terkejut dengan bunyi tembakan ketika Hafiz menyanyi. Hafiz rebah dan beberapa orang ke pentas mendapatkan Hafiz. Hafiz kemudian muncul dari belakang pentas dengan pakaian putih (Hafiz berpakaian hitam di awal persembahan).

7. Kemudian, Anna Rafali menyanyikan lagu Tolong Ingatkan Aku di dalam sangkar. Anna Rafali juga bertukar baju. Baju putih di awal kemunculan, kemudian baju merah setelah masuk ke dalam sangkar.

8. Nur Khiriah muncul di pentas sambil mengusap-usap perutnya, kemudian cikgu Fatimah dan anaknya berpelukan dan kemudian Dato’ Aziz Satar dengan isterinya pada persembahan dari Faizal Tahir dengan lagu Selamat Malam.

9. Adira, Ku Ada Kamu muncul dengan berpakaian serba putih. Di akhir persembahan, Adira menaiki buaian.

10. Kemunculan simple dari Bunkface untuk lagu Extravaganza. Tiada gimik yang dilakukan.

Senarai Juri:

Acis, Azmeer, Habsah Hassan, Andy Flop Poppy, Amy Search dan M. Nasir.

11. Black muncul serba putih bersama para penari, untuk mendendangkan lagu Sofea Jane.

Huwaaa…aku dah mula mengantuk. Harap persembahan Stacy selepas ni mampu menyegarkan mataku yang dah mula nak layu ni.
12. Faizal Tahir, Hanyut, menyanyi dalam sangkar juga, sambil berpeluk tubuh. Tapi, kemudian terjun ke dalam air dan menyelam untuk beberapa minit.

13. Persembahan rancak Stacy dengan lagu Jahat memang berjaya menyegarkan mataku yang layu tadi. Stacy memang mantap dari segi tarian sambil maintain vokalnya.

Shut up not shut up, diam tak diam, dah sampai ke lagu yang terakhir. Yezzaa..

14. Tiada sebarang gimik dari Hujan, Mencari Konklusi kecuali bunga api di akhir persembahan.

PERSEMBAHAN PENUTUP

Dato’ Sharifah Aini,
Ziana Zain
Dato’ Siti Nurhaliza

HADIAH:

Vokal terbaik:
RM 10, 000 + Trofi

Persembahan Terbaik:
RM 10, 000 + Trofi

Tempat ke-3:
RM 12, 000 + Trofi
 

Naib Juara:
RM 15, 000 + Trofi

Juara:
RM 35, 000 + Trofi

KEPUTUSAN PEMENANG AJL 25:

Persembahan Terbaik:
Faizal Tahir – Hanyut

Vokal Terbaik:
Hafiz – Noktah Cinta

Tempat ke-3:
Noktah Cinta – Hafiz, Ajai, Sheikh Qalam

Naib Juara:
Drama King – MUH dan Black, Taja, Tun Teja

Juara:
Tolong Ingatkan Aku – Anna Rafali

Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!