Hari ni, tanggal 1/1/11, merupakan Birthday sulung blog Hidup Adalah Anugerah ni. Dengan berURLkan akumerpatiputih.blogspot.com, setakat ini blog ini berjaya bertahan selama setahun. Alhamdulillah, aku sendiri pun tak sangka yang aku dapat berblog dengan konsistennya. Sangat tak sangka sebab aku memang tak pernah pun terfikir sebelum ni untuk mempunyai sebuah  blog. Apatah lagi untuk menjana pendapatan melalui blog.
Sempena setahun berblog juga, aku ingin merakamkan memori-memori yang tercipta selama setahun bergelar part time blogger ni. Bukan sahaja memori indah, malah memori yang kurang enak juga akan aku rakamkan jua.
1. NIAT ASAL BERBLOG
Setiap perkara bermula dari ‘zero‘. Dalam erti kata lain, from zero to heroin. Hehe..Bagaimana aku boleh terjebak dengan dunia blog dan niat asal aku berblog, telah aku nyatakan sebelum ni dalam entri ni. Seperti yang aku katakan sebentar tadi, aku tak pernah pun pasang angan-angan untuk memiliki sendiri sebuah blog personal.
2. BELAJAR HTML

Berbekalkan niat yang suci murni berblog untuk berkongsi dengan orang lain tentang ilmu-ilmu yang aku pelajari dari bahan bacaan, aku mula set up blog ni. Pada masa tu, aku gunakan pengetahuan ‘Basic C++’ yang aku pelajari sewaktu di universiti dulu. Jadi, aku rasa tak susah untuk memahami kod HTML dan loop yang terdapat pada kod template. Blog yang menyediakan tutorial lah yang menjadi sasaran utama aku.
Secara jujurnya, aku tak tahu pun fungsi ‘Ctrl+F’ untuk mencari kod bagi tujuan memasang/mengedit kod baru yang aku jumpa di tutorial. Nak tahu apa aku buat untuk cari kod? Aku cari secara manual. Aku baca kod HTML template blog tu satu persatu, dan cari perkataan yang aku nak.

Waduh!, naik buntang mata aku baca kod-kod yang berjela tu. Selepas aku tahu boleh tekan ‘Ctrl+F’ je, Ya Allah, bantai gelakkan diri sendiri aku dibuatnya. Haha..adeh..apalah yang payah sangat kan. Zaman sekarang ni kan highway banyak, jalan yang penuh berliku juga yang aku pilih.

3. GILA WIDGET


Ketabahan aku set up blog ni memang aku tak nafikan. Minat punya pasal pada programming menyebabkan aku bahagia membaca dan mencari kod HTML tu satu-persatu. Masa awal-awal berblog, memang gila widget. Rasa macam nak letak macam-macam widget dalam blog ni.
Lepas satu-satu widget aku letak. Widget jam ada, widget bunga kembang kuncup pun ada. Haha..sayang betul aku pada widget-widget ni, sampaikan apabila baca kat blog orang lain yang mengatakan bahawa widget jam tu tak perlu pun sebenarnya sebab orang semua boleh tengok jam kat sudut monitor masing-masing dan orang datang blog kita bukan nak tengok jam pun, tapi aku tetap sayang nak buang widget jam tu. Sebab aku rasa penat-penat je aku cari jam yang matching dengan template blog. Takkan nak buang macam tu aje kan. Cantik apa, blog aku, ada jam, ada bunga yang tak pernah penat untuk kembang dan kuncup…Hehe..Tu template pertama eh, kalau korang cari kat blog ni sekarang memang takde dah widget tu semua. 
Template pertama (template yang paling aku suka)
Sekarang ni, aku cuma letak widget yang aku rasakan benar-benar perlu je dan yang mendatangkan keuntungan pada aku dan memudahkan pelawat blog ni mencari apa yang mereka cari. Template aku sekarang skema sikit.
4. SUKA TUKAR TEMPLATE
Sebenarnya, aku sangat suka pada template pertama aku ni. Tapi, satu hari tu, blog aku jadi hitam legam. Terperanjat juga aku, bila aku view blog aku, keluar warna hitam je 1 skrin. Dush! Dengan perasaan sedih bercampur gelabah, aku cuba mencari puncanya. Aduh! Aku ngak bisa mencari puncanya. Bukan terror sangat pun pasal template ni.
Jadi dengan hati yang walang, aku pun terpaksa tukar template, sebab aku tak rela menghidangkan blog ‘blackout’ ni kepada para pelawat. Sejak dari hari tu, template blog ni selalu bertukar kerana mereka-mereka ini, tidak dapat bertakhta di hati aku lama-lama. Tetap yang pertama itu menjadi yang paling aku minati. Biasalah, yang pertama memang sukar untuk dilupakan. Tapi apakan daya, aku dah cuba upload balik template tu, guna yang baru di ambil dari website tu, tapi tetap legam juga hasilnya. Inilah dia antara rupa paras blog ni sebelum ni.  

Banyak tak? Haha… Ni semua gara-gara aku cepat rasa bosan, so bila dah bosan dan semangat berblog turun je, aku tukarlah template. Saje je nak naikkan mood untuk menatap blog semula. Tapi tu dulu lah, sekarang ni, aku malas dah nak tukar template, edit-edit segala bagai. Sekarang nak concentrate pada content dan up trafik.
5.  PERKEMBANGAN TRAFIK
Trafik? Alahai…masa mula-mula aku berblog dulu, macam nak nangis aku rasa bila tengok statistik trafik aku. 1 hari, nak dapat 10 orang pun susah. Tapi, Alhamdulillah, trafik mula meningkat dari bulan ke bulan. Bermula dari kurang 10 orang, kemudian melebihi 10 orang, kemudian mencapai purata 30 Unique Visitor (UV) sehari secara konsisten dalam beberapa minggu, bermula bulan Jun. Memang trafik aku naik slow-slow je, tapi aku tetap suka dan bahagia sebab dia menunjukkan perkembangan yang positif. Asalkan dia terus naik, dah cukup untuk buat aku tersenyum.
 Kemudian meningkat kepada 50 UV sehari, seterusnya 70 dan kini…

1,001 UV. Owh, nombor yang sangat cantik. Tapi bukan sentiasa dia bagi nombor bermula dengan angka seribu ni. Alangkah indahnya kalau UV beribu-ribu setiap hari. Tapi itu tidak berlaku lagi kepada blog ini. Kadang-kadang je dapat seribu lebih. Sekarang ni, purata dalam 300 je.  Tu pun susah nak maintain. Kadang-kadang turun 200 lebih. Kalau dia turun pun, aku biarkan aje. Malas nak main kejar-kejar dengan trafik ni.

6. BERMAIN DENGAN SEO

Permainan SEO (Search Engine Optimization) bemula secara trial and error. Berbekalkan ilmu SEO yang diperolehi dari blog rakan-rakan blogger yang lain dan juga perbincangan di antara aku dan adik aku (adik aku ni freelance blog writer), maka, aku mula mencari pengalaman bermain dengan SEO.

Bereksperimentasi dengan SEO ni memang best, boleh upkan trafik, tapi penat ler. Serius, memang penat. Kadang-kadang tu, aku malas juga nak layan SEO ni. Tengok keadaan lah. Kalau time tu aku takde hal yang penting sangat untuk dikejarkan, aku bermain lah dengan SEO ni. Tapi, kalau time busy, haish! Bo layanlah..haha..
Aku ada terbaca di blog otai, yang mengatakan kalau blog nak tahan lama, buatlah entri yang evergreen. Yup! Aku setuju tu. So nanti takde lah penat sangat asyik nak update blog. Buat entri yang evergreen (sentiasa menghijau), tak update blog pun trafik still lagi boleh masuk.
Kat blog aku ni ada 1 je entri yang evergreen. Takdelah trafik sampai beribu masuk cari entri tu, ratus pun tak sampai. Puluh-puluh je, tapi tiap hari ada visitor masuk sebab entri tu. =D I like! Hehe..
7. JOIN CONTEST


Join contest adalah salah satu aktiviti berblog yang aku gemari. Ada banyak sebab kenapa aku suka join contest. Tapi tak maulah taip kat dalam entri ni. Kang entri ni jadi entri 400 meter pula panjang berjela. Memang banyak contest yang aku join. Join je lah banyak, tapi menangnya sikit aje.
Antara contest yang aku menangi:
2. Hit nombor visitor di blog Ayie Sharing
4. Komen terbaik entri Air Asia di Eyriqazz.com
5. Cadangan bernas di blog Macam-Macam Ada.

p/s: Tak semua kemenangan aku buat entri.

8. RANKING ALEXA

Ranking Alexa (world): 535, 642
Ranking Alexa (Malaysia): 2,666 (nombor cantik ni, boleh beli sport toto)

Maklumat lain dari Alexa.com:

Pageview seorang visitor: 5.1 page
Masa yang diambil oleh visitor untuk melepak di blog ni: 10 minit
Masa untuk visitor baca satu entri: 57 saat

9. PENDAPATAN DARI BLOG

Disebabkan niat asal aku berblog bukanlah untuk menjana pendapatan, jadi aku tak letak sebarang iklan pun dalam blog ni. Tapi, masa Nuffnang memperkenalkan projek Alpha tu, aku naik geram pula bila tengok blogger-blogger lain dapat RM20 macam tu je, sebab diorang dapat jadi 50 yang pertama. Haish!. Aku pun nak juga. Last-last, pada tangggal 25 Mei, 2010 jam 11 malam, aku pun gatal tangan pi daftar Nuffnang.

Aku tahu Nuffnang punya syarat hanya 20 UV je sehari dan aku tahu time tu UV aku 30 sehari. So, aku confident lah berdaftar dengan Nuffnang time tu. Menurut apa yang aku baca dari blogger lain, lepas 2 bulan daftar baru boleh dapat earning dari Nuffnang, tapi aku sangat terkejut apabila tak sampai seminggu, aku dah mula dapat earning dari Nuffnang. Rasa teruja sangat, siap buat entri EARNING NUFFNANG BUKAN LAGI RM0.00. Haha..itulah pendapatan pertama aku dari Nuffnang.

Lepas tu, sebulan setengah kemudian, dapat Buffered (BE) pula dari Nuffnang. Memang jakun habis lah aku time tu. Biasalah, excited kan, so mestilah ada entri special untuk merakamkan saat-saat manis tu kan. DAPAT BUFFERED PERTAMA DARI NUFFNANG.

Akhirnya, setelah 5 bulan berNuffnang, aku ‘cash out’ earning Nuffnang tu. Nilainya, aku tak nak reveal kat sini, sebab aku bercadang untuk buat contest teka nilai cek pertama Nuffnang yang bakal aku terima bulan ni. InsyaAllah.



10. KOMEN YANG DITERIMA

Kalau cerita pasal komen, rata-rata blogger suka kalau menerima komen dari entri yang dibuat sebab rasa lebih dihargai dan ada orang baca entri yang dah penat-penat di taip tu. Selain dari tu, takdelah rasa macam syok sendiri je berblog.

First-first aku berblog dulu, aku tak kisah pun kalau takde orang nak komen. Sebab niat aku buat entri pun bukan untuk dapatkan komen, tapi aku nak orang baca apa yang aku tulis dan mereka dapat ilmu yang aku cuba untuk kongsikan tu.

Kawan aku yang merupakan seorang blogger juga kata, “memanglah, aku dulu pun macam tu juga. Tapi, bila dapat komen dari reader, rasa best pula”. Dan akhirnya, pertama kali aku dapat komen, yes! memang rasa best pun. Hehe…Owh! Lepas tu terus j cari ilmu dari blog lain, macam mana nak dapatkan komen pada entri.

Alhamdulillah, lepas tu hampir semua entri ada orang komen, walaupun 1. Cuma lately ni, aku agak payah sikit nak dapatkan komen, tapi trafik aku agak masyuk. Cuma komen je tak berapa masyuk. Huhu..tak pelah,      komen tak berapa masyuk pun, Nuffnang aku makin masyuk. Sebab trafik kot. =D

Setakat tahun 2010, aku berjaya dapatkan sebanyak 1065 komen (ada campur sekali komen aku. Tapi tak semua komen aku balas). So, kalau nak kira betul-betul jumlah komen yang diterima, 1065 bahagi 2 lah = 533. Lebih kurang 533 lah komen yang aku terima. Cincai kiralah, takkan nak kira satu-satu kot kan.

Kalau tengok kat snapshot ni, 1066 komen. Tolak 1 sebab 1 komen tu masuk pada awal pagi tahun baru. Malam tadi aku dah ngantuk sangat, so nak buat snapshot pun dah tak larat.

11. FOLLOWER
Masa mula-mula aku nak pasang widget follower, hatiku berbelah bahagi. Nak letak ke tak nak? Malu pula nak letak. Bertea-teki dalam hati “ada ke orang nak follow?”. Karang letak buat malu je pula, follower ‘zero’. Akhirnya, aku decide untuk letak juga. 
First time dapat follower, aku terkejut. Eh! Apa pasal dia follow ek? Ada juga orang nak follow blog aku ni? Hihu…  Rasa macam kelakar pun ada juga. Dan, setelah 365 hari kewujudannya, 225 blogger telah menjadi follower blog ini. Thank you, my dear!

Walaupun tak ramai mana follower, tapi bagi aku, si blogger picisan di pinggiran, OK lah tu.
12. PAKCIK GOOGLE PENYUMBANG TRAFIK TERTINGGI

Dari May 2010, referring URL dan referring sites tertinggi ialah pakcik Google. Thank you pakcik google. I lap U lah! Muah! =P

13. KEPUASAN BERBLOG YANG SEBENAR

Sepanjang setahun berblog ni, aku dapat merasa kepuasan berblog yang sebenar pada bulan November. Pada masa ni, aku dapat tahu bahawa aku tidak bercakap sorang-sorang dalam blog ni (maksudnya, blog ni memang ada orang yang baca dan ikuti). Si pembaca pula kemudian request pada aku untuk berikan maklumat yang dia nak. Lagi best bila pembaca telah menjadikan blog aku ni sebagai sumber maklumat. Ucapan terima kasih dan pujian yang diberikan membuatkan aku senyum sampai ke telinga baca komen yang mereka drop.

Jadi, bagi aku, kepuasan berblog yang sebenar bukanlah dari jumlah follower yang beribu, jumlah komen yang beriban, ranking alexa yang beratus, PR (Page Rank) yang tinggi, bukan juga pada nilai Ringgit Malaysia yang aku dapat, tetapi aku berasa puas dapat berkongsi dan memberikan maklumat yang aku perolehi, selari dengan niat asal aku berblog iaitu untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan yang aku perolehi dari mana-mana sumber (tidak kira dari media massa, mahupun dari buku atau majalah ilmiah). 
Dan yang pastinya, tak semestinya orang yang baca dan follow blog ni adalah mereka yang bergelar ‘follower di widget follower’. Ada beberapa orang anonym bersuara dalam blog ni dan aku pun berinteraksi dengan mereka. Malah, walaupun dia bergelar anonym je, tapi aku tahu dia adalah orang yang sama. Orang putih kata “which one is which”.  
Dengan ini, permulaan tahun 2011 dimulakan dengan sebuah entri terpanjang yang pernah wujud dalam blog ni, dan juga mengambil masa paling lama untuk disiapkan (6 jam).

Erk! Panjang giler entri ni. Ada orang nak baca ke entri panjang-panjang macam ni?.

p/s: Jom beramai-ramai memeriahkan lagi segmen “Memori 2010 Seorang Blogger” oleh Dauspozi ni.


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!