Sekitar jam 3 pagi tadi, rumah Blogger Rocky’s Bru iaitu Datuk Ahirudin Attan (Penasihat Editorial Kumpulan Malay Mail) dipecah masuk dan kereta Peugeot 407 milik beliau (bernilai lebih RM 100,000) dilarikan penjenayah. Jam tangan isterinya yang diletakkan di atas meja ruang tamu turut dicuri. Rumahnya di pecah masuk ketika beliau seisi keluarga sedang nyenyak tidur.

Kawasan rumahnya yang terletak di Bandar Kinrara ada menggunakan perkhidmatan pegawai keselamatan dan pegawai keselamatan menyatakan nampak kereta itu dibawa keluar jam 3 lebih.
psssttt: Hadoi! Kawasan perumahan ada pegawai keselamatan pun, kecurian tetap juga berlaku. Kereta pula tu kena bawa lari. Kereta mahal tu..Dahsyat!.
Sumber: Bernama. 


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!