019 - 776 3820

Tersebut al-kisah pada tahun 2010, terdapat seorang gadis di Selatan Malaysia, merasa bosan dengan kehidupan yang dilalui. Persekitarannya yang dikelilingi oleh para pekerja import sebagai pemangkin ekonomi negara, kehidupan yang hanya ke kilang dan ke rumah setiap hari (5 hari seminggu), menyebabkan perasan bosan yang tak terperi membelenggu diri gadis ini. 
“Argh! Aku bosan. Nak buat apa ni?”, rintih hati gadis. 
Di rumah  sewa yang didiami gadis, ada 2 buah televisyen. Sebuah di ruang tamu, dan sebuah lagi di dalam bilik housemate. Namun, gadis tidak dapat menonton tv tersebut bersama teman serumah, kerana tv itu ada penunggunya. Hehe…Housemate gadis tangkai jering orangnya. Tv tu, dia aje yang boleh tengok.
Akhirnya, gadis bercadang menyewa broadband dan melayari internet menggunakan laptop kesayangan. Ialah peneman gadis di kala sunyi. Dalam hal melayari internet, gadis terbuka hati untuk membina sebuah blog peribadi berplatformkan blogspot. Guna yang free aje lah. =D
“Erm..nak letak nama apa ek kat blog ni. URL apa ek yang sedap?”, hati gadis berbicara ketika mula-mula berdaftar di blogspot.
“Merpatiputih”, perkataan itulah yang muncul di fikiran gadis ketika itu. Gadis mengibaratkan dirinya seperti merpati putih. Sang merpati yang nampak jinak, tapi sukar untuk didekati. Putih pula bermaksud suci. Tapi apabila gadis cuba mendaftarkan merpatiputih.blogspot.com, oh, tidak! URL ini sudah digunakan.
Gadis berfikir dan berfikir, akhirnya gadis meletakkan perkataan ‘aku’ dihadapan URL pilihan tadi. Alhamdulillah, URL ini masih tiada orang yang menggunakannya. Inilah dia asal usul URL blog ini “akumerpatiputih.blogspot.com”.
Merpati putih terbang bebas di alam blog ini. HIDUP ADALAH ANUGERAH bagi sang merpati putih.  
   
Terbang bebas bersama rakan

p/s: Nak tag 2 orang untuk join contest ni:

Untuk join, klik banner contest di atas. 


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.