Alhamdulillah, akhirnya aku dapat berblog dengan senang-lenangnya. Apa taknya, sejak sebulan lalu, aku tak dapat melayari internet dengan bebasnya dek kerana line asyik terputus je. Dah lama dah aku terfikir untuk bertukar tempat untuk surfing, tapi macam malas je nak beralih tempat. Akhirnya, malam ni, aku tukar tempat juga.
Jika sebelum ni aku online di bilik yang terletak di tingkat atas, malam ni aku bertekad untuk mencuba nasib di ruang tamu di tingkat bawah dengan harapan yang tinggi menggunung. “Mintak-mintak la line OK kat bawah ni”. Alhamdulillah, sejak awal aku online, sehingga saat ini, tiada sebarang gangguan. Dah 2 jam jugalah aku online ni. =)
Suka sangat dapat online tanpa sebarang kekangan. Aku rugi je kalau tak habis guna kuota broadband 1.5 Gb ni. Bulan lepas memang dah sah-sah aku tak habis guna kuota ni. Tapi kan, sangat tak best online kat bawah ni. Sunyi sangat lah.
Kalau online kat bilik, ada tv. Aku suka online sambil dengar bunyi tv. Sunyi sangat ni, buat aku rasa cepat penat. Tapi, aku memang tak gemar pasang lagu kat laptop ni ketika aku sedang menggunakan laptop. Rasa macam terganggu je.
Kalau surf kat atas, boleh juga borak dengan roomate. Sambil-sambil lah kan. Huhu..Tapi apakan daya, dalam kehidupan ni, tak semua yang kita nak akan dapat. Terpaksalah membuat pilihan…
p/s: Kat rumah ni, bahagian bawah (ruang tamu dan dapur) memang tak diimarahkan. Masing-masing buat hal masing-masing dalam bilik. Setiap orang ada tv sendiri, termasuklah aku. Hehe..
p/s/s: Maghrib tadi tak dapat tengok Tira misu, sebab balik kerja tadi terus pi merayap, cari baju untuk wedding akak aku. Pukul 10 lebih baru sampai rumah. =) Apa cerita Tira misu semalam ek? Melur frust eh?
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.