Ya Allah, terkejut sangat aku menerima mesej dari ibu Ayie (blog-ayie.com), sebentar tadi ketika aku sedang memandu, dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Mesej menyatakan bahawa Ayie telah kemalangan jalan raya pada pagi tadi. Saat entri ini ditulis, keluarganya sedang menguruskan pemindahan ke hospital di Kelantan. Hospital Kubang Kerian. Doktor beritahu, dia mengalami gegaran otak. Ayie sekarang koma.
Sama-sama kita doakan untuk Ayie. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Ayie. Kepada yang berada di Kelantan, mungkin boleh melawat Ayie. InsyaAllah, jika aku dapat maklumat lagi dari mak Ayie, aku update lagi perkembangan Ayie.
Update (12 Feb): Ayie sudah sedar dan boleh berbicara ceria.

Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.
BACA JUGA :  ASAL USUL AKU DAN BLOG
error: Content is protected !!