Dah lama terbaca mengenai kewujudan lagu Insha Allah versi Bahasa Malaysia ni. Tapi tak pernah pula aku nak mencari lagu ni di internet. Pagi tadi, ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, radio IKIM memutarkan lagu ni. Pertama kali mendengarnya, terus terjatuh cinta dengan versi BM ni. Sangat menyentuh jiwa. Jom layan video klip yang diedit ni. Lirik lagu, ada di bawah.

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian, tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
(Korus)
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah…
Ada jalannya
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah…
Ada jalannya
Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
(Ulang korus)
Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar…
(Ulang korus)
Melodi: Maher Zain
Lirik: Maher Zain & Bara Kherigi
Susunan Muzik: Maher Zain & Hamza Namira
Lirik Melayu: Frizdan

p/s: Memang best semua lagu-lagu Maher Zain. Suka sangat!.

Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.
error: Content is protected !!