Nuffnang… Satu nama yang sangat popular di kalangan blogger-blogger Malaysia. Syarikat pengiklanan ini memang berjaya mendapat tempat di hati kebanyakan blogger. Buktinya, kalau melawat dari satu blog ke satu blog, memang kebanyakannya ada menyiarkan iklan Nuffnang. Sama ada iklan itu tidur, mahupun rancak menari, itu bergantung kepada rezeki tuan punya blog.
Bercerita mengenai rezeki dalam berblog ni, ada satu blogger yang aku kenali sejak awal tejebak dalam dunia blog ni. Blogger ini memang selalu menggelarkan dirinya blogger cap ayam, tapi kalau tengok pendapatan Nuffnangnya, memang masyuk… Siapakah gerangannya? Dialah seorang pendidik dan juga part time blogger yang sangat menyukai cerita Great Teacher Onizuka.  Tak lain dan tak bukan, pastilah dia Cikgu Iman, empunya blog Eyriqazz.com.
Rezeki berblogging yang melimpah ruah sering dikongsi bersama pembaca dan penyokong blognya. Dengan rezeki dari Nuffnang ni juga, Cikgu Iman mahu memberikan peluang kepada blogger-blogger untuk merasai feel pengalaman menulis sponsored post, dan tajuk untuk sponsored post ini akan diberikan oleh beliau sendiri. Kalau dah namanya pun sponsored post, maka post yang ditulis akan dibayar oleh beliau sendiri juga. 
Best kan, bunyinya?. Sudah semestinya aku tidak akan melepaskan peluang ini untuk turut menyertainya. Siapa tahukan, tuah ayam nampak di kaki, tuah aku ada di contest ni. Belum cuba belum tahu. Mak selalu pesan pada aku, jangan mengaku kalah sebelum berjuang. Jadi, tak salah untuk aku mencuba nasib dan buat yang terbaik. Manalah tahu, entri ni berjaya menambat hari eyriqazz untuk memberikan aku sponsored post. Hihi..bestnye.. (Adei! Berangan sudah =D).
Tengok Eyriqazz dan Redmummy buat sponsored post macam best je. Tapi aku tahu, ianya bukan mudah untuk disiapkan. Research perlu dilakukan agar maklumat yang cuba disampaikan adalah tepat. Intipati post pula perlu disulam ayatnya agar pembaca berasa selesa membaca dan faham apa yang cuba disampaikan. Post juga perlu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Komitmen dan kreativiti seseorang blogger akan teruji ketika menyiapkan tugasan yang diberi ini. Oh! Aku nak rasa pengalaman menulis sponsored post ni. Nak belajar menghasilkan penulisan yang baik dan berkesan kepada pembaca. Juga untuk mendisiplinkan diri sendiri dalam menghasilkan entri di blog ini.

Setakat ini, itulah sebab paling utamanya aku nak dapatkan sponsored post dari Eyriqazz ni. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, kan?.  (“)(^.^)(“)

p/s: Rakan blogger yang lain pun boleh join juga. Klik je banner GTO tu.

Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.
error: Content is protected !!