Separuh masa pertama perlawanan bola sepak 1st leg di Stadium Shah Alam untuk kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia dan Pakistan menyaksikan penjaga gol Harimau Malaya merangkap kapten pasukan, disepak di peha oleh pemain Pakistan, Ansar Abbas (jersi nombor 17). Ansar Abbas melepaskan geramnya pada keeper kesayangan ramai, Khairul Fahmi Che Mat setelah KFCM berjaya menangkap bola.
Referee bertindak bijak mengawal keadaan dari berlaku pergaduhan dan melayangkan kad merah kepada Ansar Abbas dengan serta-merta. Jom tengok video rakaman aksi pemain Pakistan tersebut.
p/s: Kredit kepada referee kerana cekap mengawal keadaan dan juga berlaku adil.
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.