Alhamdulillah, aku terkejut sangat tadi apabila buka website Nuffnang, terpandang Buffered Earning. Eh! Ada buffered?. Seriously, aku terperanjat sebab inilah BE pertama ku untuk tahun 2011 ni. Secara jujurnya, sejak awal tahun ni, 1 BE pun tak lekat kat blog ni. Malah, campaign earning pun cuma ada 4 ketul je iaitu bersamaan dengan RM1.00. Huhu…memang sadis. =(
Perasaan aku memang dah lain macam je dengan Nuffnang ni sejak dia mengetepikan blog aku ni dari sebarang BE. Yelah, mana taknya, tengah sedap-sedap dapat BE, tiba-tiba je, masuk tahun baru, senyap terus BE aku. Adeh!. Merajuk punya pasal, aku cash out kan earning yang ada pada awal bulan lalu. Cek pun dah sampai rumah minggu lepas, dan dah selamat di bankin oleh ibu aku, semalam.
Rajukku semakin berpanjangan setelah hampir 3 bulan blog ini sepi tanpa BE. Mulalah aku mencuba advertiser yang lain. Tapi aku tak menduakan Nuffnang. Last-last, aku rasa, dengan Nuffnang juga lah rezeki aku. Nampak-nampaknya, pasang kod advertiser lain pun tak membuahkan hasil di blog ni, setakat ni lah. Iyolah kan, trafik pun bukannya beribu pun. Setakat 200 je sehari. Toksah lah aku nak berangan dapat duit banyak sangat dari advertiser. Teringat kata-kata MelRomeo dalam salah satu entrinya, “Kukuhkan blog dulu, baru fikir pasal duit”. Kini, aku benar-benar faham dengan maksud MelRomeo ni, setelah aku mencuba advertiser lain di blog ni.
Asalkan aku terus update blog walaupun takde BE menari-nari, InsyaAllah, rezeki tu akan datang juga. Patutlah ramai blogger cakap, “kena banyak bersabar dengan Nuffnang”. Rupanya, memang betul pun. Perlu banyakkan bersabar…..Sabar itu separuh dari iman.
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.