Live update

Sekarang sedang berlangsung perlawanan akhir All-England antara pasangan beregu negara, Tan Boon Heong/Koo Kien Kiat dengan pasangan Denmark (ranking pertama dunia), Mathias Boe/Carsten Mogensen.

Tan dan Koo berjaya menekan pasanagan Denmark, 21-15. Kini sedang berlangsung set ke-2. Malaysia ketinggalan pada awalnya tetapi berjaya menyamakan kedudukan pada mata ke 10. Kini, Malaysia sedang mendahului, 14-12.

Perlawanan sengit. Pasukan Denmark mengejar dan kedudukan terikat sama beberapa kali pada mata ke 16 dan 17. Denmark mengheret Malaysia ke set penentuan, 21-18.

Siaran langsung boleh ditonton di Astro Arena, chanel 811.

Set penentuan:

Malaysia kini mendahului 10-5. Denmark terus mengejar sehingga menyamakan kedudukan pada mata ke 16. Tadi ketika Malaysia sudah mendahului, Koo dan Tan agak sedikit menggelabah. Kini kedudukan sama, 17-17. Akhirnya, Malaysia terpaksa tunduk pada Denmark, 21-18. Huhu…

error: Content is protected !!