Lee Chong Wei jaguh badminton negara

Live Update:

Tepat jam 12.24 tengah malam, LCW melangkah masuk ke gelanggang setelah namanya dipanggil oleh pengacara, diikuti oleh Lin Dan kemudiannya. Suasana di stadium sangat riuh dengan teriakan dan sorakan penyokong Malaysia yang ramai.
Sepanjang tahun 2011 ni, Lin Dan telah lawan dalam 13 perlawanan, dan tak pernah kalah. Kali terakhir mereka bertemu sebelum ni di Korea Open.
Set pertama:
 
Mata pertama dikutip oleh Lin Dan. Chong Wei sedang mendahului, 8-6. Uish! Power betul Lin Dan ni. Tapi, setelah rally yang panjang, LCW berjaya mengutip mata. Kelihatan penyokong Malaysia di sana begitu bersemangat. Kedudukan kini, LCW lead, 11-9. LCW masih mendahului, 14-10. Come on, Chong Wei..Lin Dan semakin menghampiri, 18-17. CW memenangi set pertama ini, 21-17.
Set kedua:
 
CW mengutip mata pertama. Yes, CW, Yes! 8-2. Lin Dan kejar, kini 8-7. CW masih, 11-8. Come on, CW. 16-14. Hadoi, 17-16. Yes, CW, 19-17. Sikit lagi…Match point…Alhamdulillah, Chong Wei Juara All-England 2011, tewaskan Lin Dan, 21-17.
 
Entri sebelum ini:
 
Lee Chong Wei akan lawan Lin Dan pada perlawanan akhir All-England 2011 malam ini. Giliran mereka masih belum tiba lagi. Sebentar tadi, baru sahaja berakhir perlawanan beregu lelaki pasangan negara Tan Boon Heong dan Koo Kien Kiat lawan pasangan Denmark. Live update perlawanan ini di SINI.
Upaca penyampaian hadiah untuk acara beregu lelaki sedang berlangsung. Selepas ini, perlawanan beregu wanita dan kemudian, perlawanan beregu campuran dan yang terakhir, perlawanan yang dinantikan semua, Lee Chong Wei lawan Lin Dan.

Update terkini (11.16 malam):

 

Baru sahaja tamat perlawanan beregu wanita antara Jepun dan China. China menang, 21-2, 21-9. Selepas ni, perlawanan beregu campuran pula akan berlangsung.

 
Update 11.29 malam:
 
 Perlawanan beregu campuran akan bermula sebentar lagi antara China dan Thailand. Tepat jam 12.11 tengah malam, perlawanan ini tamat. China lagi menang. Huhu…
 

 

Tepat jam 12.24 tengah malam, LCW melangkah masuk ke gelanggang setelah namanya dipanggil oleh pengacara.
error: Content is protected !!