Aku berasa sangat tertarik dengan Skim Rumah Pertamaku yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam (8 Mac 2011). Skim yang dilaksanakan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia ini benar-benar menambat hatiku yang sememangnya sedang berhajat untuk membeli rumah. Hehe =D

Yang menarik perhatian aku, melalui skim ini, individu, terutama golongan muda (berumur kurang dari 35 tahun) yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000, boleh mendapat pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk membeli rumah berharga antara RM100,000-RM220,000 dengan tempoh pembayaran sehingga 30 tahun. Ini bermakna, kerajaan, melalui Cagamas akan menjamin bayaran pendahuluan atau wang deposit sebanyak 10 peratus.
Perdana Menteri mengumumkan peruntukan 568 juta ringgit untuk membina 300 unit kediaman di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79 ribu unit di bawah Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit di bawah Projek Bantuan Rumah Sewa ketika pembentangan Bajet 2011 tahun lalu. Kerajaan juga memberikan peruntukan tambahan 50 juta ringgit khusus untuk membantu pekerja estet memiliki rumah di bawah Skim Pembiayaan Rumah Kos Rendah.
Kadar faedah (interest rate) yang akan dikenakan kepada individu di bawah Skim Rumah Pertamaku ini ialah 4.5%.
Senarai institusi bank yang mengambil bahagian:
Affin Bank Bhd
Affin Islamic Bank Bhd
Alliance Bank Malaysia Bhd
Alliance Islamic Bank Malaysia Bhd
AmBank Bhd
AmIslamic Bank Bhd
Bank Islam Malaysia Bhd
Bank Muamalat Malaysia Bhd
CIMB Bank Bhd
CIMB Islamic Bank Bhd
EON Bank Bhd
EONCAP Islamic Bank Bhd
Hong Leong Bank Bhd
Hong Leong Islamic Bank Bhd
Maybank Bhd
Maybank Islamic Bank Bhd
OCBC Bank Malaysia Bhd
OCBC Al Amin Bhd
Public Bank Bhd
Public Islamic Bank Bhd
RHB Bank Bhd
RHB Islamic Bank Bhd
United Overseas Bank Malaysia Bhd
Standard Chartered Bank Malaysia Bhd
Standard Chartered Saadiq Bhd
Cagamas Bhd (CSC Department).

Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.
error: Content is protected !!