Alhamdulillah, aku terpilih sebagai salah seorang pemenang untuk contest sponsored post di Eyriqazz.com. Entri bertajuk SAYA MAHU SPONSORED POST DARI EYRIQAZZ.COM yang aku buat dalam tempoh 15 minit pada saat-saat terakhir tarikh tutup contest ini berjaya menambat hati Eyriqazz untuk memberi aku peluang membuat sponsored post di blognya. Ni kira ala-ala sponsored post yang macam Nuffnang bagi lah. Tapi ni, Eyriqazz yang keluar duit poket hasil dari earning Nuffnang yang dia dapat. RM30 akan dibankin ke dalam akaun aku sebaik sahaja entri di publish. Terima kasih, cikgu.
Hik2, bercampur-baur perasaan aku sekarang ni. Gembira sangat sebab berpeluang merasai feel menyiapkan sponsored post. Tak dapat offer dari Nuffnang, dapat dari individu pun, oklah kan. Alhamdulillah.
Tapi perasaan cuak tu tetap ada. Dup dap dup dap..apalah agaknya tajuk yang Eyriqazz nak bagi aku untuk disiapkan, ek. Huhu..penantian yang mendebarkan ni.
p/s: Alhamdulillah, ni adalah contest ke-2 yang aku menangi untuk tahun ni, dan kedua-dua contest ini dimenangi di blog Eyriqazz.com. Bulan Januari lalu, aku menang contest cipta madah mengenai ‘duit’ di blog ni. Sejak tahun lalu sehingga kini, dah 4 kali aku menang contest di blog Eyriqazz.com. Kadang-kadang tu kalah juga. Biasalah tu, adat bertanding. Ada menang ada kalah. Yang penting, aku tak boleh putus asa. Cuba dan terus mencuba.
Dup dap dup dap,
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.
wahh tahniah!! lepas ni dapat ar tambah kenalan blogger 🙂
bagus2x..rjin msuk contest yer